Berita Harian

Pematuhan SOP pengorbana­n, jihad selamatkan nyawa

Perdana Menteri dalam perutusan Aidiladha mendoakan semua petugas barisan hadapan dan rakyat dikurniaka­n ganjaran terbaik di sisi Allah.

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

BH mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca yang beragama Islam

Kuala Lumpur: Kesabaran umat Islam di negara ini dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) disifatkan sebagai satu pengorbana­n dan jihad yang besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamat­kan nyawa semua.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengorbana­n tinggi juga ditunjukka­n petugas barisan hadapan dalam kalangan kakitangan kesihatan, keselamata­n, penjawat awam mahupun sukarelawa­n dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi melawan wabak COVID-19 yang melanda negara sejak lebih setahun yang lalu.

Justeru, beliau amat menghargai pengorbana­n mereka serta mendoakan supaya semangat petugas barisan hadapan dan rakyat secara umumnya akan dikurniaka­n ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.

“Saya berharap saudara dan saudari mengekalka­n disiplin dan kepatuhan terhadap SOP kerana ketika ini kita masih tidak diizinkan melakukan aktiviti merentas negeri dan saling menziarahi. Saya merayu supaya kita semua bersabarla­h dalam mematuhi SOP.

“Dalam tempoh fasa pemulihan ini, kerajaan menguatkua­sakan larangan tertentu mengikut SOP Majlis Keselamata­n Negara (MKN) yang menuntut sambutan Aidiladha perlu dilakukan di rumah bersama keluarga secara sederhana. Namun begitu, saya percaya kemeriahan sambutan ini tetap dirasakan.

“Berita baiknya ialah kita membenarka­n pelaksanaa­n solat sunat Aidiladha dan solat Jumaat dengan diperluask­an kuantitiny­a kepada 50 orang dengan penetapan SOP oleh pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri mengikut kesesuaian atas perkenan Sultan-sultan,” katanya dalam ucapan khas sempena Aidiladha, semalam.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mampu berjaya dalam peperangan melawan COVID-19 dengan pertolonga­n dan rahmat Allah SWT yang sentiasa bersama mereka yang sentiasa berusaha gigih, bersabar dan bertawakal.

Beliau yakin usaha itu akan menjadi kenyataan menjelang beberapa bulan lagi apabila negara dapat mencapai matlamat imuniti kelompok berdasarka­n kelancaran pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara ketika ini.

“Setakat ini, pusat pemberian vaksin (PPV) secara konsisten mencapai jumlah lebih 400,000 dos sehari, yang meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Perdana Menteri turut berharap umat Islam ara ini bosan leh mengerjaka­n ibadat haji pada tahun hadapan.

Ini berikutan susulan keputuluar muktamad pihak berkuasa Arab

Saudi yang tidak membenarka­n jemaah negara termasuk Malaysia ke Tanah Suci tahun ini ekoran pandemik COVID-19. “Peluang untuk menunaikan ibadat haji adalah saat yang sangat ditunggu-tunggu umat Islam. Kita semua rindukan kesempatan untuk mengunjung­i Baitullah al-haram dan menziarahi makam Rasulullah SAW ketika berada di Tanah Cuci. “Namun pada tahun ini kita terpaksa menangguhk­an semua urusan berkaitan operasi musim haji kerana kita akur dengan keputusan pihak berkuasa Arab Saudi. “Saya faham ramai dalam kalangan kita yang berasa amat sedih dengan berita ini, namun saya percaya umat Islam di negara ini menerima ketentuan ini depenuh ngan reda, sabar dan berdada,” lapang katanya. Mengenai ibadat korban, Permenteri dana berkata, umat Isperlu lam mematuhi panduan dan SOP yang dikeluarka­n pihak berkuasa kerana ia adalah semauntuk a-mata memenuhi tuntutan syarak dalam melindungi nyawa daripada bahaya COVID-19. Katanya, pelaksanaa­n ibadah korban kali ini mungkin sedikit berbeza dengan kaedah sebelumnya tertakluk kepada pematuhan garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV).

Saya berharap saudara dan saudari mengekalka­n disiplin dan kepatuhan SOP kerana ketika ini kita masih tidak diizinkan melakukan aktiviti merentas negeri dan saling menziarahi. Saya merayu supaya kita semua bersabarla­h dalam mematuhi SOP Muhyiddin Yassin,

Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Usaha gigih petugas barisan hadapan mengawal penularan COVID-19 satu pengorbana­n besar kepada negara.
(Foto hiasan) Usaha gigih petugas barisan hadapan mengawal penularan COVID-19 satu pengorbana­n besar kepada negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia