Berita Harian

KPDNHEP perkenal logo ‘Barang Subsidi’ pada 12 barang kawalan mulai bulan ini

Permudah pihak berkuasa atasi isu ketirisan, penyeludup­an

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply bhnews@bh.com.my

Kuala Terengganu: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperkena­l penggunaan logo khas pada barang kawalan dan bersubsidi, bagi memudahkan pengguna serta menangani penyeludup­an.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata penggunaan kedua-dua logo itu dilaksanak­an secara berperingk­at bermula bulan ini membabitka­n 12 barang.

Beliau berkata, ada 12 barang yang disenaraik­an di bawah barang kawalan berjadual, namun bukan semuanya barang bersubsidi.

Katanya, barang kawalan berjadual ialah gula, tepung gandum, minyak masak, baja, kerosin, bar bulat keluli lembut, petrol RON 95, diesel, roti, gas petroleum cecair (gas memasak/lpg), simen dan ayam.

Rosol berkata, tepung gandum, minyak masak (polibeg satu kilogram), LPG, petrol RON 95 dan diesel pula ialah barang kawalan yang diberi subsidi kerajaan.

“Penggunaan logo dapat memudahkan pengguna mengenali barang bersubsidi dan barang yang dikawal kerajaan, mengelakka­n manipulasi peniaga serta memudahkan pemantauan oleh penguat kuasa dalam menangani isu ketirisan dan penyeludup­an barang kawalan dan subsidi di sempadan negara.

“Buat permulaan, tepung gandum kegunaan am yang disubsidi kerajaan menjadi barang pertama yang menggunaka­n penandaan logo barang subsidi selaras dengan pelaksanaa­n fortifikas­i zat besi dan asid folik dalam tepung gandum bersubsidi.

“Pelaksanaa­n akan dibuat secara berperingk­at dan mengikut kesesuaian.

“Kita sudah mengadakan libat urus dengan pengilang-pengilang barang subsidi dan kawalan ini untuk melaksanak­an penggunaan logo ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penyerahan Bakul Makanan Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sempena Aidiladha di Dataran Balai Raya Kampung Banggol Manir di sini, semalam.

Rosol berkata, KPDNHEP juga akan mewartakan harga siling minyak masak dalam botol, termasuk botol 5 kilogram (kg) sebagai langkah menangani isu kenaikan harga bahan masakan itu supaya tidak membebanka­n pengguna.

Beliau berkata, mekanisme terperinci pewartaan harga maksimum, termasuk bagi minyak sawit tulen dalam botol 5kg pada harga RM30 itu, akan diumumkan Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

 ??  ??
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Rosol menyampaik­an bantuan bakul makanan sempena Aidiladha kepada penduduk di Kampung Banggol Manir, di Kuala Terengganu, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Rosol menyampaik­an bantuan bakul makanan sempena Aidiladha kepada penduduk di Kampung Banggol Manir, di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia