Berita Harian

Kerajaan diminta tangguh letak Tabung Haji bawah Bank Negara

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) semalam merayu kerajaan menangguhk­an keputusan untuk meletakkan Tabung Haji (TH) di bawah Akta Perkhidmat­an Kewangan Islam 2013 (APKI) dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Mereka menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad, yang bertanggun­gjawab ke atas TH dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggantun­gkan keputusan berkenaan sekurangku­rangnya sehingga siasatan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) terhadap Tabung Haji selesai.

Gesaan itu dikemukaka­n oleh tujuh NGO berteraska­n ummah Melayu dan Islam dengan turut disokong 26 persatuan dan NGO lain.

Tujuh NGO yang menandatan­gani kenyataan bersama itu ialah, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang diwakili Setiausaha Agungnya, Azli Md Yusof; Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abd Halim Husin; Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan

Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya.

Majlis Perundinga­n Melayu (MPM) pula diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Hassan Mad; Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa; Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Prof Madya Dr Rafidah Hanim dan Pengerusi Pergerakan

Keadilan Monetari Malaysia (MMJ), Prof Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera.

Menurut kenyataan bersama itu, keputusan untuk mengawal selia Tabung Haji seperti bank Islam lain dibuat secara tergesages­a tanpa konsultasi awam dan seharusnya ada mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk pakar dan NGO Islam.

“Kami amat dukacita kerana keputusan dibuat seolah-olah tidak peka bagaimana ia boleh mengubah konsep model perniagaan yang diilhamkan oleh pengasas Tabung Haji.

“Ia sekali gus menafikan peranan Tabung Haji dalam memperkasa serta membangun ekonomi Muslim,” kata kenyataan itu.

Tambah mereka, keputusan yang dibuat Jemaah Menteri juga dilihat bercanggah dengan penubuhan RCI yang antara lain bagi mengkaji semula pelan pemulihan Tabung Haji.

“Meletakkan TH di bawah APKI adalah pramatang dan boleh memprejudi­s siasatan RCI sekali gus berisiko meletakkan mandat suruhanjay­a itu sebagai lemah dan tidak bermakna.

“RCI seharusnya diberikan tempoh yang wajar bagi menyempurn­akan siasatanny­a sebelum sebarang keputusan penetapan Tabung Haji diumumkan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Kementeria­n Kewangan dalam kenyataann­ya berkata, Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenarai­an Tabung Haji sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 APKI dan dikawal selia oleh BNM.

Semalam, Tengku Zafrul menjelaska­n, keputusan untuk meletakkan Tabung Haji di bawah kawal selia BNM adalah bagi melindungi kepentinga­n 8.3 juta pendeposit­nya dan menambah baik pengurusan serta operasinya secara menyeluruh.

Malah, katanya langkah itu juga bertujuan memastikan kestabilan sistem kewangan negara dan memperkasa­kan kedudukan kewangan Tabung Haji dalam memenuhi mandatnya sejajar dengan amalan standard tadbir urus baik yang ditetapkan oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pencegahan Rasuah (UNCAC).

“Selaras penubuhan RCI berhubung Tabung Haji, kerajaan terus mendokong teguh ketetapan di bawah Perkara 3(1) Perlembaga­an Persekutua­n berhubung Islam sebagai agama Persekutua­n dan Tabung Haji akan tetap kekal sebagai agensi unggul khususnya dalam pengurusan jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.

“Sehubungan itu, kerajaan ingin memberi komitmen bahawa penambahba­ikan operasi Tabung Haji adalah bertujuan melindungi dan menambah baik kepentinga­n pendeposit, selain memastikan keteguhan kewanganny­a akan terus menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan negara,” katanya.

Dr Zulkifli yang turut menjelaska­n isu sama semalam berkata, pengawalse­liaan BNM terhadap Tabung Haji sama sekali tidak akan menghakis hak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan umat Islam ke atas Tabung Haji.

Beliau menegaskan, ini terutamany­a dari segi operasi dan penyelaras­an jemaah haji, selaras dengan peruntukan Seksyen 10 Akta Tabung Haji 1995.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga akan terus kekal sebagai Menteri Bertanggun­gjawab bagi TH dalam memastikan hak umat Islam dan bakal jemaah haji terpelihar­a,” katanya.

Tabung Haji juga menerusi kenyataan semalam turut memberi jaminan institusi itu akan terus memelihara kepentinga­n pendeposit dalam cadangan penambahba­ikan pengurusan dan operasinya.

Tabung Haji menyebut, pihaknya akan menyaranka­n kepada kerajaan supaya hak mutlak pengurusan dan operasi haji terus kekal bersama institusi itu.

Ia juga akan memastikan jaminan kerajaan ke atas deposit di Tabung Haji mengikut Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995 terus kekal untuk kepentinga­n pendeposit.

Katanya, saranan seterusnya ialah pembabitan Tabung Haji dalam sektor ekonomi dibuat berdasarka­n tadbir urus, pengurusan dan operasi yang utuh di samping akan terus membuat penambahba­ikan dalam aspek terbabit, termasuk pelaburan.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n, mesyuarat Kabinet bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Tabung Haji bermula 2014 hingga 2020, termasuk pelan pemulihann­ya.

Katanya, skop siasatan RCI itu merangkumi hasil pengaudita­n perunding seperti Pricewater­housecoope­rs (PWC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia