Berita Harian

60,000 jemaah haji ikuti khutbah Arafah

-

Pergerakan jemaah haji ke Bukit Arafah lancar

Jeddah: Di sebalik penularan COVID-19 yang melanda dunia, seramai 60,000 jemaah haji yang menunaikan ibadah itu di Tanah Suci tahun ini tetap berpeluang mengikuti Khutbah Hari Arafah secara langsung.

Lebih unik, khutbah dilaksanak­an menerusi pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang disampaika­n oleh

Imam Masjid Namirah, Syaikh Dr Bandar Abdul Aziz Balilah itu turut dipancarka­n secara dalam talian menerusi portal Manaratalh­aramain pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan.

Khutbah itu turut diterjemah­kan kepada 10 bahasa, termasuk bahasa Melayu.

Selain bahasa Melayu, khutbah terbabit diterjemah­kan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Urdu, Parsi, Russia, Cina, Turki, Hausa dan Benggali.

Hari Arafah adalah hari bagi jemaah haji berkumpul untuk berdoa dan bertaqarru­b kepada Allah.

Meskipun Arab Saudi melaksanak­an langkah kawalan yang ketat, pergerakan jemaah haji ke Bukit Arafah pagi semalam tetap berjalan lancar selepas berkumpul di Mina untuk Tarwiyah pada hari kelapan Zulhijjah.

Di Masjid Namirah, jemaah melakukan jamak dan qasar solat Zohor serta Asar, termasuk menghadiri khutbah haji.

Selepas matahari terbenam, jemaah haji akan bermalam di Muzdalifah dan mereka kemudian akan menunaikan solat Maghrib, diikuti Isyak secara jamak pada sebelah malam.

Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-sheikh, menggesa semua jemaah supaya menumpukan masa mereka dengan melakukan ibadah sepanjang haji.

Selain itu, beliau juga meminta jemaah supaya mematuhi peraturan kesihatan bagi mengekang penularan COVID-19.

Tambah beliau, kerajaan dan entiti swasta sedaya upaya melakukan yang terbaik ketika musim haji tahun ini untuk membantu jemaah menjalanka­n tanggungja­wab agama dalam keadaan serba terhad secara selesa.

“Usaha ini termasuk memastikan keselamata­n jemaah sepanjang menunaikan ibadah haji, seiring langkah berjaga-jaga yang diluluskan pihak berkuasa berkenaan bagi memastikan keselamata­n jemaah,” katanya kepada Agensi Berita Saudi.

Tambah Sheikh Abdul Aziz, berkhidmat kepada jemaah dan memastikan keselesaan mereka adalah kelaziman yang dilakukan di Arab Saudi serta terkenal dalam kalangan pemimpinny­a.

Ini adalah tahun kedua berturut-turut ibadah haji diadakan dengan jumlah jemaah yang terhad susulan ketetapan untuk melindungi mereka daripada pandemik COVID-19.

Menurut Kementeria­n Kesihatan, Arab Saudi merekodkan antara 1,000 dan 1,200 kes COVID-19 setiap hari.

Lebih 22 juta daripada 35 juta rakyat dan penduduk negara itu sudah menerima suntikan vaksinasi dan hanya mereka yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin dipilih menunaikan haji. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Di sebalik penularan COVID-19 yang melanda dunia, seramai 60,000 jemaah haji yang menunaikan ibadah itu di tanah suci tahun ini tetap berpeluang mengikuti Khutbah Hari Arafah secara langsung. Lebih unik, khutbah dilaksanak­an menerusi pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang disampaika­n oleh imam Masjid Namirah, Syaikh Dr Bandar Abdul Aziz Balilah. Ia turut disiarkan secara dalam talian menerusi portal Manaratalh­aramain ke seluruh dunia.
(Foto AFP) Di sebalik penularan COVID-19 yang melanda dunia, seramai 60,000 jemaah haji yang menunaikan ibadah itu di tanah suci tahun ini tetap berpeluang mengikuti Khutbah Hari Arafah secara langsung. Lebih unik, khutbah dilaksanak­an menerusi pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang disampaika­n oleh imam Masjid Namirah, Syaikh Dr Bandar Abdul Aziz Balilah. Ia turut disiarkan secara dalam talian menerusi portal Manaratalh­aramain ke seluruh dunia.
 ?? (Foto AFP) ?? Jemaah berdoa ketika tiba di Bukit Arafah pagi semalam.
(Foto AFP) Jemaah berdoa ketika tiba di Bukit Arafah pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia