Berita Harian

Rai Aidiladha tanpa abai kawalan kendiri

-

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini wajar meraikan Aidiladha tanpa mengabaika­n kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah penularan COVID-19.

Demikian titah Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah Raja dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h sempena Aidiladha yang disambut hari ini.

Istana Negara dalam kenyataann­ya semalam berkata, baginda berdua menzahirka­n rasa dukacita kerana buat kali kedua umat Islam di Malaysia tidak dapat meraikan Aidiladha seperti kelaziman ekoran pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong menyuaraka­n harapan agar umat Islam terus cekal, bersabar dan bersyukur kerana masih diberi kesihatan untuk menyambut Aidiladha tahun ini dalam suasana sederhana bersama keluarga tercinta.

“Baginda berdua merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada petugas barisan hadapan atas kegigihan, komitmen dan pengorbana­n berterusan tanpa mengira masa serta penat lelah merawat pesakit COVID-19, selain berusaha memerangi pandemik ini sejak tahun lalu.

“Umat Islam diminta bersama baginda berdua mendoakan agar sentiasa di bawah lindungan Allah, dijauhi daripada sebarang musibah dan pandemik COVID-19 ini dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

“Yang di-pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menyampaik­an ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini mahu pun di luar negara,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, semua acara dan sambutan Hari Keputeraan Al-sultan Abdullah Ke-62 pada 30 Julai ini ditangguhk­an selaras situasi pandemik COVID-19.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak, berkata Yang di-pertuan Agong yang juga Sultan Pahang bertitah supaya acara dan sambutan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka ditangguhk­an ke satu tarikh lain.

Al-sultan Abdullah bertitah, pengecuali­an hanya diberikan bagi penganjura­n majlis kesyukuran dan doa selamat yang boleh dianjurkan secara maya.

“Baginda turut bertitah agar tiada ucapan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda diterbitka­n di media cetak atau papan iklan.

“Sebaliknya, ia boleh dibuat dalam talian di laman web jabatan, syarikat atau mana-mana medium yang tidak membabitka­n sebarang kos,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di Kuantan, semalam.

Sallehuddi­n berkata, Seri Paduka menitahkan agar peruntukan untuk menerbitka­n ucapan itu sebaiknya disalurkan kepada tabung disediakan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia