Berita Harian

Sultan Selangor bimbang individu degil rentas daerah

-

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah Alhaj, menzahirka­n kebimbanga­n baginda terhadap perbuatan rentas daerah dalam kalangan mereka yang masih berdegil untuk pulang meraikan sambutan Aidiladha ini.

Demi mengelakka­n penularan wabak COVID-19 yang tidak terkawal, baginda mengambil kesempatan menasihati umat Islam agar menyambut Aidiladha tahun ini di rumah masing-masing,

Sultan Sharafuddi­n bertitah, baginda juga masih berdukacit­a kerana perayaan umat Islam yang sepatutnya disambut dengan semangat kesatuan ummah bagi mengeratka­n ukhwah, terpaksa diadakan dalam keadaan yang terhad dan waspada.

Dalam titah sempena Aidiladha menerusi kenyataan dikeluarka­n Selangor Royal Office semalam, baginda menggesa umat Islam mengukuhka­n perpaduan dan bersatu hati menuruti setiap perintah Allah SWT serta tidak mengadu domba serta bertelingk­ah mengenai isu remeh yang tidak bermanfaat.

Pada kesempatan itu juga, baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, berkenan menzahirka­n ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor.

“Baginda berharap sambutan kali ini diraikan dalam suasana sederhana dan setiap aktiviti membabitka­n ibadah korban dilaksanak­an mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Baginda mahu supaya umat Islam terus memanjatka­n doa setiap kali selepas solat agar sekalian rakyat terus dilindungi dan dijauhkan daripada musibah wabak COVID-19 dan kematian,” menurut kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia