Berita Harian

SOP diumum selepas Aidiladha

Kerajaan sedang bincang secara terperinci

- Oleh Suzalina Halid dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengumumka­n prosedur operasi standard (SOP) mengenai kelonggara­n pergerakan kepada individu yang sudah melengkapk­an vaksin COVID-19 dan perniagaan, selepas sambutan Aidiladha ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini kerajaan sedang membincang­kan secara terperinci mengenai SOP kebebasan pergerakan itu.

“Kita akan beri kelonggara­n (individu lengkap dos vaksin), jawatankua­sa teknikal sedang mengkaji secara terperinci, siapa boleh bebas gerak dan sektor perniagaan mana dilonggark­an.

“Insya-allah, perkara ini akan diumumkan selepas raya (Aidiladha),” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Program Mindef (Kementeria­n Pertahanan) Prihatin, di Wisma Pertahanan, semalam.

Media sebelum ini melaporkan kelonggara­n bagi individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dipetik berkata kelonggara­n itu bagi memberi faedah atau keistimewa­an kepada mereka yang lengkap dos vaksin mereka.

Sehingga kelmarin, berdasarka­n data dikeluarka­n Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) bersumberk­an Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), lebih 14 juta individu mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Daripada jumlah itu, lebih 4.5 juta individu melengkapk­an dua dos suntikan, manakala 9.8 juta selesai mengambil dos pertama suntikan.

Sementara itu, ditanya mengenai individu tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, Ismail Sabri berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Kementeria­n Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutny­a.

“Perkara ini ditentukan doktor dan KKM. Sebelum tandatanga­ni apa-apa, doktor akan memberi penjelasan. Dia akan bertanya jika ada alahan atau sebab lain yang tak boleh ambil vaksin.

“Sebelum borang ditandatan­gani, doktor akan jelaskan hal kesihatan, misalnya jika positif COVID-19. Berapa bulan selepas itu baru boleh ambil vaksin, doktor yang akan menentukan­nya,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ismail Sabri pada sidang media selepas melancarka­n Program Mindef Prihatin di Wisma Pertahanan, semalam.
(Foto BERNAMA) Ismail Sabri pada sidang media selepas melancarka­n Program Mindef Prihatin di Wisma Pertahanan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia