Berita Harian

Selangor tambah tapak perkuburan COVID-19

-

Serdang: Selangor bersetuju menjadikan Tanah Perkuburan Islam Cyberjaya 10 di Sepang untuk Pengurusan Jenazah COVID-19 Berpusat bagi mengurangk­an masa pengurusan jenazah, selain mengelak kesesakan di jabatan forensik di beberapa hospital di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ia menjadikan tiga tapak perkuburan Islam kini digunakan menguruska­n jenazah, termasuk Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam dan Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang.

Katanya, Tanah Perkuburan Islam Cyberjaya 10 ini membabitka­n urusan jenazah pesakit COVID-19 beragama Islam di tiga hospital di Sepang, iaitu Hospital Serdang, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Kajang.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selepas Aidiladha ini bagi menyelaras inisiatif berkenaan.

“Perkara ini akan dibentangk­an dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang ini bagi menyelaras inisiatif ini,” katanya selepas melawat Hospital Serdang, semalam.

Sabtu lalu, media melaporkan, Amirudin mengumumka­n inisiatif Pengurusan Jenazah COVID-19 Berpusat, iaitu di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam dan Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang bagi mengelak kesesakan jenazah di Selangor.

Inisiatif itu membabitka­n urusan jenazah dan mayat COVID-19 di tiga hospital sama ada Islam dan bukan Islam khususnya di Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

 ?? (Foto Samadi Ahmad/bh) ?? Amirudin mengadakan lawatan di Hospital Serdang, semalam.
(Foto Samadi Ahmad/bh) Amirudin mengadakan lawatan di Hospital Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia