Berita Harian

Ahli Dewan Negara angkat sumpah

-

raturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara berhubung PPN, program vaksinasi, pelaksanaa­n darurat dan pakej bantuan ekonomi.

“Sepanjang mesyuarat khas ini, Peraturan Mesyuarat biasa akan dikuatkuas­akan dalam menjalanka­n prosedur persidanga­n. Sebarang persoalan, penjelasan atau hak penerangan dikemukaka­n Ahli Dewan Negara akan diberi pertimbang­an mengikut kerelevana­nnya,” katanya.

Rais turut memaklumka­n, sidang khas Dewan Negara itu akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) ANTICOVID-19 yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Setiausaha Dewan Negara akan menyusul dengan mengeluark­an pemberitah­u berkenaan Mesyuarat Khas kepada semua Ahli Dewan Negara,” katanya.

Kuala Lumpur: Datuk Dr Radzi Jidin dan tiga lagi Senator mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen semalam, sekali gus khidmatnya sebagai Senator dilanjutka­n tiga tahun lagi sehingga 16 Julai 2024.

Tiga lagi Senator yang mengangkat sumpah masing-masing dua daripada BERSATU dan seorang mewakili GERAKAN.

Dua daripadany­a adalah lantikan semula, iaitu Datuk John Ambrose (BERSATU) dan Datuk Teo Eng Tee (GERAKAN), manakala seorang lagi, Datuk Bobbey Suan Ah Fang (BERSATU), lantikan baharu selepas dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yan Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim.

Radzi yang juga Menteri Pendidikan, pertama kali dilantik sebagai Senator pada 17 Julai 2018 dan khidmatnya tamat pada Jumaat lalu sebelum dilanjutka­n hari ini, dengan tarikh pelantikan semula itu berkuat kuasa pada Sabtu lalu.

Naib Presiden BERSATU itu pernah bertanding merebut kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan

Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 mewakili Pakatan Harapan (PH), namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dari UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Susulan kemenangan PH dalam PRU-14, Radzi dilantik sebagai Senator untuk diangkat sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sebelum dilantik sebagai Menteri Kanan Pendidikan di bawah pentadbira­n Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, pelantikan John berkuat kuasa pada 16 Januari lalu, manakala lantikan Eng Tee bermula semalam dan lantikan Bobbey pula berkuat kuasa 5 Januari lalu.

Dalam pada itu, Rais dalam ucapannya berkata, pelantikan itu yang diperkenan Yang di-pertuan Agong, memberi peluang baharu untuk mereka menabur bakti dan sumbangan kepada bangsa serta negara.

Beliau berharap, keempat-empat Senator itu akan menyumbang ke arah memperting­katkan mutu perdebatan di Dewan Negara dan mengangkat demokrasi berasaskan keperibadi­an tinggi serta pemikiran terbuka serta rasional.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Rais Yatim (tengah) beramah mesra bersama (dari kiri) Ambrose, Radzi, Eng Tee dan Suan Ah Fang selepas upacara mengangkat sumpah jawatan Senator di Dewan Negara, semalam.
(Foto BERNAMA) Rais Yatim (tengah) beramah mesra bersama (dari kiri) Ambrose, Radzi, Eng Tee dan Suan Ah Fang selepas upacara mengangkat sumpah jawatan Senator di Dewan Negara, semalam.
 ??  ?? Mesyuarat Khas Dewan Negara yang akan berlangsun­g dari 3 hingga 5 Ogos 2021.
Mesyuarat Khas Dewan Negara yang akan berlangsun­g dari 3 hingga 5 Ogos 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia