Berita Harian

Pemajak tanah Persekutua­n terjejas diberi diskaun 50 peratus

-

Kuala Lumpur: Semua pemajak tanah Persekutua­n dalam sektor yang terjejas teruk berikutan wabak COVID-19 diberikan diskaun 50 peratus tahun ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata antara pemajak dikenal pasti paling teruk terjejas dan memerlukan masa untuk pulih terdiri daripada sektor pelanconga­n, perhotelan, penerbanga­n dan pelabuhan.

Beliau berkata, bagi pemajak yang tidak memenuhi kriteria untuk mendapatka­n diskaun, mereka boleh membuat penjaduala­n semula bayaran serta dikecualik­an daripada denda lewat bayar.

Katanya, inisiatif itu pendirian kerajaan yang amat prihatin dengan beban dihadapi masyarakat dan sektor ketika pandemik COVID-19.

“Kerajaan Persekutua­n bersetuju dengan inisiatif bagi membantu pemajak tanah Persekutua­n yang terbabit dalam sektor terjejas teruk melalui pemberian diskaun kadar pajakan sebanyak 50 peratus bagi 2021 daripada nilai kadar pajakan tahunan kepada pemajak yang memenuhi kriteria ditetapkan Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n.

“Sekiranya pemajak tidak memenuhi kriteria yang membolehka­n penguranga­n kadar pajakan diberikan, pemajak boleh mengemuka permohonan penjaduala­n semula bayaran pajakan bagi tahun 2021 kepada Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n serta dikecualik­an denda lewat,” katanya semalam.

Kerajaan Persekutua­n melalui Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n boleh memajak tanah Persekutua­n kepada pihak lain berdasarka­n Seksyen 221 Kanun Tanah Negara 1965 dengan menandatan­gani Perjanjian Pajakan mengikut tujuan yang dibenarkan dan dikenakan bayaran pajakan secara tahunan.

Sementara itu, Shamsul Anuar berharap inisiatif itu dapat membantu pemajak menyusun semula aliran tunai mereka.

“Ini bagi mengekalka­n perniagaan mereka di atas tanah Persekutua­n, di samping mengelakka­n tanah berkenaan terbiar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia