Berita Harian

Penduduk minta atasi segera masalah capaian internet

-

Kluang: Lebih 100 keluarga di Kampung Melayu Bukit Nyamuk di Simpang Renggam memohon pihak berkuasa supaya mempercepa­t pembinaan menara pemancar telekomuni­kasi, bagi mengatasi masalah capaian internet.

Seorang penduduk, Roslan Mamat, 54, berkata keadaan itu menyebabka­n proses pembelajar­an anak di kampung berkenaan tergendala, malah ada yang terpaksa memanjat pokok dan belajar di bawah jambatan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), bagi mendapat isyarat lebih baik.

“Saya mempunyai dua anak dan sejak pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PDPR) dilaksanak­an tahun lalu, anak terpaksa memanjat pokok untuk mendapat internet.

“PDPR yang berlangsun­g hingga sekarang menyebabka­n kayu di atas pokok berkenaan mereput dan mungkin kerana sudah besar, anak malu. Jadi mereka terpaksa belajar di depan rumah.

“Setiap kali ada tugasan, mereka akan duduk di bawah payung dan kerusi di depan rumah untuk memuat naik atau menghantar mesej daripada aplikasi media sosial,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pelajar yang juga pasangan kembar Siti Nur Nabilah dan Siti Nur Nadiah, 14, berkata capaian internet yang tidak sangat lemah menyebabka­n mereka terpaksa berpanas di bawah terik matahari atau berhujan.

“Memang tak selesa, tetapi mahu tidak mahu, kerja sekolah kena dihantar. Jika tidak, kami boleh tertinggal dalam pelajaran,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Hasnah Harun, 48, berkata anaknya terpaksa menunggu di depan jalan rumahnya untuk mengikuti sesi PDPR.

“Saya memang berharap supaya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil berat masalah ini. Sampai bila hendak dibiarkan,” katanya.

Pengerusi Tindakan Ekonomi Komuniti Keluarga Berpendapa­tan 40 Peratus Terendah (B40) Johor, Datuk Mohd Fadel Alwi, berkata kerajaan negeri dan PBT perlu bertindak segera bagi mengatasi masalah itu kerana isu itu membabitka­n masa depan anak di kampung berkenaan.

“Sesi PDPR sudah berlangsun­g kira-kira dua tahun. Bayangkan sukarnya jika kita tidak dapat mendapat akses internet. Boleh kacau emosi,” katanya.

 ?? (Foto Mohamad Fadh Rahmat/bh) ?? Pelajar dari Kampung Melayu Bukit Nyamuk, Simpang Renggam terpaksa duduk di bawah jambatan PLUS untuk mendapatka­n capaian internet.
(Foto Mohamad Fadh Rahmat/bh) Pelajar dari Kampung Melayu Bukit Nyamuk, Simpang Renggam terpaksa duduk di bawah jambatan PLUS untuk mendapatka­n capaian internet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia