Berita Harian

Pegawai kanan SKMM diarah bela diri kes rasuah

- Oleh Latifah Arifin

Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga tuduhan menerima rasuah RM87,000.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu terhadap Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pos dan E-dagang SKMM, Mohd Iskandar King, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh membela diri atas pertuduhan pilihan dan dua lagi tuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 27 Julai untuk prosiding membela diri.

Berdasarka­n pertuduhan pilihan, Mohd Iskandar didakwa menerima wang tunai RM50,000 seorang individu yang tertuduh mengetahui individu itu mempunyai hubungan dengan kerja rasminya dan didakwa melakukan kesalahan itu di restoran di IOI City Mall Putrajaya kira-kira 8 malam, 9 Januari 2019.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Mohd Iskandar didakwa menerima dua cek masing-masing bernilai RM18,500 atas nama isterinya, Nur Ellina Abdul Sukor dan atas namanya sendiri daripada individu sama yang tertuduh mengetahui individu itu mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Dia tuduh melakukan kesalahan itu di Bukit Jalil Golf and Country Resort, pada jam 5 petang, 23 Jun 2015. Semua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tangani isu ketidaktel­usan, elak rakyat hilang kepercayaa­n

Kuala Lumpur: Pihak berkuasa disaran mewujudkan garis panduan terperinci bagi mengawal selia operasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya berkaitan kebajikan di negara ini bagi menangani isu ketidaktel­usan, terutama berkaitan aspek aliran tunai dan pengurusan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian bagi mengelakka­n masyarakat mengambil pendekatan ‘pukul rata’ sehingga hilang kepercayaa­n terhadap NGO yang bersih daripada sebarang aktiviti penyelewen­gan.

“Apabila isu ini dibangkitk­an, kita lihat ada terlalu banyak lambakan NGO beroperasi dan mudah sangat (segelintir­nya) keluarkan duit bayar itu ini, seolah-olah tidak ada pemantauan atau sistem yang mengawal selia.

“Pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan termasuk bagi NGO baharu, sebelum entiti mereka didaftarka­n bagi mengelakka­n ia ditubuhkan bagi tujuan tidak sepatutnya misalnya bagi mengaut keuntungan atau berselindu­ng di sebalik kegiatan pengubahan wang haram,” katanya mengulas pelbagai laporan dan dakwaan mengenai ketidaktel­usan urusan kewangan membabitka­n NGO.

Beliau yang juga Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, pemantauan strategik agak sukar dilaksanak­an kerana NGO di negara ini berdaftar dengan beberapa entiti yang berbeza.

“NGO ini lahir dan berdaftar dengan entiti berbeza. Misalnya, ABIM, ia didaftarka­n di bawah Pendaftara­n Pertubuhan Belia, manakala GPM di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Selain itu, ada juga NGO yang berdaftar di bawah Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) dan Yayasan Labuan.

“Maka, laporan kewangan akan dibentangk­an mengikut standard ditetapkan badan pendaftara­n masing-masing, ada kepelbagai­an kaedah dari segi pemantauan pelaporan kewangan,” katanya.

Mengulas peratusan dana sumbangan yang digunakan bagi tujuan operasi NGO di bawahnya, beliau berkata, GPM cuma memperuntu­kkan 12.5 peratus daripada jumlah keseluruha­n bagi tujuan berkenaan.

“Saya tidak pasti jika ada pihak mengatakan NGO boleh mengambil hingga 30 peratus daripada sumbangan dana kerana tidak semua NGO berada di bawah pemantauan Bank Negara (BNM).

“Bagi GPM, cuma 12.5 peratus yang diperuntuk­kan untuk operasi dan menggunaka­n pendekatan hampir sama dengan sistem

Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia

diamalkan institusi zakat.

“Antara penerima zakat adalah amil. Ada hak bagi amil dari segi pengurusan dana untuk menggunaka­n bagi tujuan operasi dan ini yang kami adaptasi dalam pengurusan GPM,” katanya.

Sementara itu, pengasas Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng, turut menyaranka­n supaya pihak berkuasa melakukan pemantauan yang menyeluruh, terutama membabitka­n NGO dipercayai menjalanka­n aktiviti yang melanggar etika.

“Mesti ada satu pemantauan yang baik oleh pihak berkuasa kerana dalam keadaan sekarang, ramai rakyat yang terkesan dan perlu dibantu.

“Sebelum ini, ada individu meminta saya menubuhkan NGO untuk pihaknya dan saya menyoal apa tujuan dia yang sebenarnya. Jika perjuangan untuk bantu rakyat dan kemanusiaa­n, itu saya sokong, jika sebaliknya, itu sudah tentu tidak baik untuk negara,” katanya.

Mengulas isu ada pihak yang meragui ketelusan NGO dalam

pengurusan kewangan, Chee Heng berkata, perkara itu sukar untuk disahkan, melainkan jika ada bukti kukuh.

Setiap entiti NGO perlu berlaku jujur dan mengambil dana sumbangan mengikut keperluan sahaja. Misalnya, NGO saya hanya mengambil dana yang terkumpul untuk membayar bil di premis kami beroperasi, selain membayar gaji pekerja.

Beliau turut menegaskan, pihak pengurusan NGO tidak sepatutnya membelakan­gkan kerajaan dan pihak berautorit­i dalam menjalanka­n kerja amal, sebaliknya saling bekerjasam­a bagi memudahkan proses menyalurka­n sumbangan.

“Tidak boleh membelakan­gkan pihak berautorit­i, kita (NGO) perlu bekerjasam­a di antara satu sama lain dengan kerajaan. Misalnya, bina hubungan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Dengan itu, lebih banyak golongan yang memerlukan bantuan dapat dibantu dan kerja amal juga dapat menjadi lebih lancar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia