Berita Harian

18 ahli sindiket tipu pinjaman ditahan

- Oleh Zuhainy Zulkiffli

Kumpulan cari mangsa di media sosial sering pindah randah elak dikesan bhnews@bh.com.my

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar aktiviti sindiket menawarkan pinjaman wang tidak wujud menerusi Facebook dan Instagram yang mengaut keuntungan lebih RM500,000 sebulan di negeri ini selepas menahan 18 individu dalam dua berasingan di Batu Feringghi, Khamis lalu.

Individu yang ditahan adalah 16 lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia antara 16 hingga 23 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Rosni Mohd Lazim, berkata sindiket terbabit menawarkan pinjaman wang kepada mangsa menerusi media sosial Facebook dan Instagram.

Katanya, modus operandi sindiket terbabit adalah menyewa rumah di sekitar Pulau Pinang dan kerap berpindah randah untuk mengelak dikesan polis.

“Sindiket meminta peminjam mengisi maklumat peribadi serta jumlah pinjaman dimohon menerusi pautan yang diberikan dalam Facebook dan Instagram.

“Mangsa akan dihubungi ahli sindiket menerusi telefon dan diminta membuat pelbagai bayaran wang proses sebelum pinjaman itu diluluskan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, semalam.

Mohd Rosni berkata, kegiatan sindiket itu dibongkar selepas polis membuat serbuan pertama di sebuah rumah di Jalan Sungai Emas Satu, Batu Feringghi pada Khamis lalu.

Katanya, dalam serbuan pertama pada jam 1 pagi, 12 suspek terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia antara 16 hingga 23 tahun ditahan.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Solok Sungai Emas, Batu Feringghi pada jam 7 petang hari

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang sama, polis menahan enam lagi lelaki dan merampas 11 kad ATM, 10 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah komputer riba.

“Secara keseluruha­n, polis merampas 34 telefon bimbit pelbagai jenama, 14 kad juruwang automatik (ATM) dan dua laptop menerusi dua serbuan itu.

“Semakan ke atas nombor telefon bimbit digunakan ahli sindiket mendapati nombor berkenaan terbabit dengan 21 kes dilaporkan di 12 negeri termasuk Pulau Pinang,” katanya.

Rosni berkata, siasatan mendapati ahli sindiket akan memberi pelbagai alasan yang meyakinkan mangsa bagi membuat bayaran wang proses, namun apabila pembayaran sudah dibuat, panggilan daripada mangsa akan disekat.

Katanya, semua suspek mengaku terbabit dengan kegiatan penipuan pinjaman tidak wujud dalam talian dengan berperanan sebagai operator panggilan dan dipercayai sudah lebih enam bulan beroperasi di platform media sosial berkenaan.

“Semua suspek dipercayai menerima bayaran RM3,000 hingga RM5,000 sebulan sebagai operator sindiket dan seorang daripada mereka menyewa rumah berkenaan dengan bayaran RM3,500 sebulan,” katanya.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan mengikut Peraturan 5(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkahlan­gkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021

Anggota polis marin menunjukka­n bungkusan daun ketum bernilai RM28,500 yang dirampas dalam sebuah lori di Batu 5 Jalan Teluk Intan-sabak Bernam, Teluk Intan, kelmarin.

Chung Guan (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi, semalam atas pertuduhan memiliki 1.77 juta batang rokok seludup bernilai hampir RM1.2 juta.

Teluk Intan: Pasukan polis marin (PPM) menggagalk­an cubaan dua lelaki membawa 95 bungkus daun ketum seberat 475 kilogram (kg) bernilai RM28,500 ke Lembah Klang, selepas menahan lori tiga tan dinaiki mereka di Batu 5 Jalan Teluk Intan-sabak Bernam, di sini, kelmarin.

Lori berkenaan turut dikesan menggunaka­n surat Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) palsu untuk merentas negeri bagi mengaburi pihak berkuasa.

Pemangku Komander PPM Wilayah Satu, Superinten­dan Shoppri Saad, berkata dua lelaki berusia 47 dan 48 tahun berkenaan

Nibong Tebal: Seorang penyelengg­ara pendingin hawa tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jawi di sini, semalam atas pertuduhan memiliki 1.77 juta batang rokok seludup bernilai hampir RM1.2 juta, Januari lalu.

Ho Chung Guan, 34, membuat pengakuan itu dan minta dibicaraka­n ketika pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Aziana Azib.

Mengikut pertuduhan, Chung Guan didakwa memiliki 1.77 juta batang rokok pelbagai jenis bernilai RM1,182,480 yang dilarang pengimport­annya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Hijauan Hills, Simpang Ampat dalam daerah Seberang Perai Selatan di sini, kira-kira jam 11 pagi, 7 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(aa) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh denda tidak kurang 10 ganda ditahan pada jam 1.45 pagi hasil maklumat risikan selama sebulan.

Katanya, suspek mendapatka­n bekalan daun ketum dari Seberang Perak dan dalam perjalanan ke Lembah Klang.

“Pemeriksaa­n menemui 475kg daun ketum yang disimpan dalam 95 bungkusan plastik hitam pada bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.

“Daun ketum berkenaan dipercayai mendapat permintaan tinggi di Lembah Klang menyebabka­n mereka mengambil peluang untuk melakukann­ya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengaut keuntungan,” katanya dalam nilai suapan atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) hingga tidak lebih daripada 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali, manakala tertuduh diwakili peguam, Zainal Akram.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula.

Dalam kejadian 7 Januari lalu, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK) Bukit Aman melakukan pemeriksaa­n di kediaman tertuduh sebelum menemui sejumlah rokok seludup.

Pemeriksaa­n lanjut mendapati tertuduh tidak mempunyai dokumen yang membuktika­n rokok yang dirampas diimport secara sah. kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu bersama rampasan, kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk tindakan lanjut.

“Keseluruha­n nilai barang rampasan dianggarka­n RM60,000 termasuk lori berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Peraturan 3(1) Peraturanp­eraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (no 3) 2020,” katanya.

 ?? (Foto Ihsan PPM) ??
(Foto Ihsan PPM)
 ?? (Foto Nur Izzati Mohamad/bh) ??
(Foto Nur Izzati Mohamad/bh)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia