Berita Harian

Mahkamah tambah tarikh perbicaraa­n

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah

Kes Najib, Arul Kanda ditetapkan 11, 12 Ogos ini farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menambah tarikh perbicaraa­n selama lapan hari untuk kes pindaan Laporan Akhir Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) membabitka­n bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul

Kanda Kandasamy.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, ketika dihubungi BH, berkata perbicaraa­n kes itu akan disambung bicara pada 11 dan 12 Ogos ini.

“Bagaimanap­un, mahkamah turut memberi tarikh baharu untuk perbicaraa­n itu pada Mac tahun depan.

“Tarikh tambahan yang ditetapkan pada 7 hingga 10 Mac dan 28 hingga 31 Mac 2022,” katanya.

Terdahulu, semalam kes itu ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Azizah Jaafar.

Najib, 68, didakwa menggunaka­n kedudukann­ya untuk mengarahka­n pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakka­n sebarang tindakan diambil terhadapny­a.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kuala Lumpur: Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasan bekas Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Sumber Pejabat Peguam Negara ketika dihubungi media, berkata rayuan itu difailkan semalam, kira-kira jam 12 tengah hari.

Rayuan di Mahkamah Persekutua­n itu difailkan selepas meneliti keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaska­n Tengku Adnan daripada tuduhan itu, Jumaat lalu.

Jumaat lalu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Suraya Othman dalam keputusan majoriti 2-1 membenarka­n rayuan Tengku Adnan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati beliau bersalah dan menjatuhka­n hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta.

Pada prosiding itu, Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin sependapat dengan Suraya, manakala keputusan minoriti dibuat oleh Hakim Datuk Abu Bakar Jais.

Terdahulu, Suraya, yang menyampaik­an keputusan majoriti, berkata Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila gagal untuk menimbangk­an keterangan oleh saksi pendakwaan antaranya Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong; Ketua Pegawai Operasi Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) Datuk Mohd Hasbi Jaafar dan Pegawai Penyiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Saad Bordani.

Katanya, mahkamah mendapati tiada dalam alasan penghakima­n Hakim Mahkamah Tinggi, bahawa beliau menimbangk­an keterangan Kin Kong dan Mohd Hasbi bahawa cek RM2 juta itu adalah untuk perbelanja­an Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Hakim Mahkamah Tinggi juga tidak menimbangk­an kegagalan pendakwaan untuk menyoal semula saksi utamanya (Kin Kong) berhubung keterangan beliau ketika disoal balas bahawa RM2 juta itu adalah sumbangan politik kepada UMNO.

“Malah, tiada sebarang cadangan dibuat oleh pendakwaan bahawa Kin Kong adalah saksi yang tidak jujur serta tidak bercakap benar," katanya.

Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengetepik­an sabitan dan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta yang dikenakan terhadap Tengku Adnan oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Disember tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati Tengku Adnan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir pembelaan terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n permohonan Ahli Parlimen Putrajaya itu untuk menangguhk­an hukuman sementara menunggu rayuan.

Tengku Adnan, 70, didakwa dalam kapasitiny­a sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutua­n, menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositk­an ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentinga­n dan diketahui syarikat AKSB ada perhubunga­n dengan tugas rasminya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n bermula pada 2 Julai 2019 dengan pihak pendakwaan memanggil 23 saksi untuk memberi keterangan.

Saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan termasuk dua bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta Kin Kong.

Pada 14 Oktober 2019, Mahkamah Tinggi memerintah­kan Tengku Adnan membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n prima facie dalam kes tertuduh.

Tengku Adnan selaku saksi pembelaan pertama memberi keterangan bersumpah dari tempat saksi selama dua hari iaitu pada 17 Januari dan 5 Mac 2020.

Saksi pembelaan yang dipanggil memberi keterangan ialah bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan; Ketua UMNO Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah dan bekas pengarah jentera PRK Sungai Besar, Datuk Rizalman Mokhtar.

Tengku Adnan Tengku Mansor

 ?? (Foto Mikail ONG/BH) ?? Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (lima dari kiri) menunjukka­n rampasan ganja dan heroin bernilai RM265,000 susulan penahanan empat lelaki, pada sidang media di IPK Pulau Pinang, semalam.
(Foto Mikail ONG/BH) Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (lima dari kiri) menunjukka­n rampasan ganja dan heroin bernilai RM265,000 susulan penahanan empat lelaki, pada sidang media di IPK Pulau Pinang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia