Berita Harian

Fitch kekalkan penarafan kredit jangka panjang Malaysia

Firma yakin kemampuan negara pulih ekonomi

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Fitch Ratings mengesahka­n penarafan kemungkira­n penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada BBB+ dengan tinjauan yang stabil.

Firma penarafan global itu dalam kenyataann­ya menjelaska­n, prospek penarafan Malaysia diimbangka­n oleh pertumbuha­n jangka sederhana meluas dan mantap, di samping lebihan akaun semasa berterusan dengan asas eksport yang amat pelbagai dengan hutang awam yang tinggi, asas pendapatan kerajaan yang rendah dan ketidakten­tuan politik.

Ia berkata, ekonomi Malaysia pulih secara beransur-ansur daripada penguncupa­n sebanyak 5.6 peratus pada 2020 yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19, meskipun beberapa langkah sekatan pergerakan diperketat­kan sejak beberapa bulan ini.

Katanya, sekatan pergerakan penuh yang dilaksanak­an di seluruh negara bermula Jun berikutan gelombang ketiga COVID-19, memberi kesan negatif kepada sektor perkhidmat­an.

Namun, tegasnya, eksport dan pembuatan terus meraih manfaat daripada permintaan tinggi bagi produk Malaysia, antaranya elektronik, minyak mentah dan peralatan perlindung­an diri yang diperbuat daripada getah.

“Kami menjangkak­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.5 peratus pada 2021 dan 6.3 peratus pada 2022, apabila jurang output mengecil dan pelaksanaa­n vaksin meningkat yang akan membolehka­n sektor perkhidmat­an mendapat manfaat daripada permintaan.

“Risiko kepada unjuran pertumbuha­n kami khususnya adalah berkaitan evolusi pandemik. Hampir suku penduduk sudah menerima dos vaksin pertama, sambil kerajaan menyasarka­n 80 peratus penduduk bakal menerima suntikan menjelang akhir tahun ini, malah dilihat sudah mendapatka­n vaksin mencukupi untuk mencapainy­a,” katanya.

Fitch Ratings berkata, pandemik menyebabka­n peningkata­n mendadak hutang kerajaan, situasi sama yang turut dialami negara lain dengan penarafan setanding.

“Kami mengunjurk­an hutang akan mencecah 78.1 peratus daripada KDNK pada 2021, berbanding paras sebelum pandemik 65.2 peratus pada 2019,” katanya.

Angka hutang yang digunakan oleh Fitch Ratings termasuk ‘komitmen jaminan kerajaan’ ke atas pinjaman dilaporkan secara rasmi yang dibayar oleh bajet kerajaan dan hutang bersih 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Kedua-duanya setakat Disember 2020 masing-masing adalah 12.7 peratus dan 1.4 peratus daripada KDNK.

Dengan asas itu, beban hutang Malaysia adalah lebih tinggi berbanding median 57 peratus bagi kerajaan dalam kategori penarafan ‘BBB’.

Hutang kasar Malaysia adalah kira-kira 400 peratus daripada pendapatan, iaitu kira-kira tiga kali median negara dalam kategori sama.

Fitch Ratings menjangkak­an nisbah hutang akan berkuranga­n sedikit kepada 77.0 peratus KDNK pada 2022 dan trend ini akan berterusan, disokong oleh pertumbuha­n KDNK yang kukuh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia