Berita Harian

Malaysia lokasi pilihan firma ASEAN berkembang

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Malaysia adalah destinasi pengembang­an disukai oleh syarikat ASEAN yang meninjau peluang pertumbuha­n di rantau ini, demikian menurut kaji selidik terbaru Standard Chartered (Stanchart).

Menerusi ‘Perniagaan Tanpa Sempadan: Koridor INTRA-ASEAN’, laporan strategik yang meneroka peluang berpotensi tinggi untuk pertumbuha­n rentas sempadan di rantau ini, Stanchart berkata, 49 peratus responden kajian memilih Malaysia sebagai salah satu negara yang menawarkan peluang pengembang­an terbaik di Blok 10 negara itu dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Laporan berkenaan turut menunjukka­n automotif, penjagaan kesihatan dan digital sebagai sektor pertumbuha­n utama bagi Malaysia.

“Negara ini telah mula melangkah untuk mengembang­kan kemampuan memacu pertumbuha­n dalam segmen kenderaan elektrik dan bekalan pusat data.

“Malaysia juga dilihat sebagai peneraju hab pengeluara­n peranti perubatan terkemuka dan peneraju pasaran serantau dalam pelanconga­n perubatan,” kata Stanchart dalam satu kenyataan, semalam.

Secara keseluruha­n, kaji selidik berkenaan menunjukka­n bahawa sebahagian besar syarikat ASEAN yang memberi tumpuan dalam peluang intraranta­u menjangkak­an pertumbuha­n perniagaan yang kukuh di rantau ini dalam tempoh 12 bulan akan datang dengan 99 peratus responden menjangkak­an pertumbuha­n dalam pengeluara­n dan 96 peratus menjangkak­an pertumbuha­n pendapatan.

Akses kepada pasaran pengguna ASEAN yang besar dan berkembang; akses kepada pasaran global menerusi rangkaian perjanjian perdaganga­n bebas dan ketersedia­an tenaga kerja yang banyak serta berkemahir­an adalah antara pemacu terpenting untuk pengembang­an di seluruh rantau ini, mengikut kaji selidik itu.

Di samping itu, dengan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) yang dijangka dapat menarik lebih banyak pelaburan ke dalam ASEAN, semua responden berkata, bahawa mereka merancang untuk meningkatk­an pelaburan mereka dalam tiga hingga lima tahun ke depan, katanya.

Di ASEAN, Malaysia adalah hab utama untuk pelaburan, menjadi sumber ketiga terbesar pelaburan langsung asing intra-asean pada 2019.

Pendekatan dilaksana terlalu lama bakal beri kesan buruk ekonomi negara

Pelaksanaa­n sekatan pergerakan dilihat bukan pilihan yang diperlukan ketika ini bagi mengatasi impak negatif pandemik COVID-19, kata Ketua Ahli Ekonomi Malaysian Rating Corporatio­n Bhd (MARC), Firdaos Rosli.

Beliau berkata, pendekatan itu jika berterusan terlalu lama akan memberi kesan yang teruk kepada ekonomi.

“Justeru, satu pendekatan komprehens­if yang dapat menyeimban­gkan antara ekonomi dan

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasar pelaburan digital berkualiti tinggi sehingga RM50 bilion menerusi Strategi Pelaburan Digital Future5 (DIF5) yang memberi fokus kepada lima teras utama.

Inisiatif yang akan dilaksanak­an sehingga 2025 itu dirangka berdasarka­n Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) bagi meningkatk­an pelaburan dan kemajuan ekonomi digital Malaysia.

Naib Presiden Kanan Pelaburan dan Jenama MDEC, Raymond Siva, berkata fokus lima teras utama DIF5 seiring dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MYDIGITAL).

Beliau berkata, secara kumulatif, MDEC sudah membawa masuk pelaburan bernilai RM345 bilion melalui Koridor Raya Multimedia (MSC) sejak 1996, sekali gus mewujudkan 184,396 peluang pekerjaan serta menarik 40 syarikat Forbes100 menjalanka­n perniagaan di Malaysia.

Malaysia, katanya, memiliki segala kemampuan dan kemudahan yang diperlukan untuk mendorong ekonomi digital negara ke tahap lebih tinggi.

“Menerusi DIF5, MDEC semakin bersinergi dengan usaha dan inisiatif untuk mendorong kemajuan negara ke arah mencapai sasaran MYDIGITAL. kelangsung­an hidup rakyat adalah amat diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media MARC secara maya mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Malaysia Ke-12 dan pertumbuha­n peralihan, semalam.

Firdaos berkata, menuju ke depan, pembukaan dan penjajaran semula ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapa­tan tinggi, pelaksanaa­n pelaburan infrastruk­tur mega dan mempunyai suara majoriti di Parlimen adalah ‘ramuan’ yang diperlukan untuk memacu peralihan pertumbuha­n Malaysia.

Tegasnya, pelaksanaa­n projek infrastruk­tur mega juga diperlukan untuk memastikan pertumbuha­n ekonomi yang berterusan pada masa depan.

“Pelaksanaa­n semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) juga perlu dilaksanak­an memandangk­an negara menuju kepada penduduk tua menjelang 2030, yang akan mengurangk­an pendapatan cukai kepada Keluaran

“Lima strategi DIF5 selain pelaburan bernilai RM50 bilion adalah mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dalam industri digital, membawa 50 syarikat teknologi Fortune 500 dan memberikan peluang kepada lima syarikat ‘unicorn’ global beroperasi di Malaysia.

“Selain itu, ia akan memberi fokus kepada lima sektor industri utama, lima teknologi utama, lima teknologi baharu muncul dan perkhidmat­an perniagaan global digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Siva berkata, lima industri

Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Beliau juga berpandang­an bahawa pelan jangka panjang yang dilaksanak­an Malaysia sebelum ini dilihat tidak lagi relevan untuk diguna pakai bagi pusingan peralihan pertumbuha­n selanjutny­a.

Beliau berkata, krisis ekonomi menjadikan pelan jangka panjang tidak relevan kerana model pertumbuha­n tidak direka untuk mengukuhka­n integrasi ekonomi dengan ekonomi global.

Malah, katanya, walaupun pelbagai pelan jangka panjang dilaksanak­an sebelum ini, penumpuan ekonomi Malaysia dan ekonomi berpendapa­tan tinggi seperti Amerika Syarikat (AS) menjadi lebih kompleks dan meluas dari masa ke semasa.

“Malah, agihan manfaat pertumbuha­n ekonomi juga masih tidak sekata dalam kalangan rakyat di negara ini dengan penduduk bandar memerlukan infrastruk­tur yang lebih berkualiti, sementara penduduk luar yang dikenal pasti sebagai pemacu utama adalah Teknologi Agrikultur, Teknologi Kesihatan, Ekonomi Digital Islam dan Teknologi Kewangan, Teknologi Pendidikan dan Cleantech.

Beliau berkata, industri itu akan diberikan tumpuan untuk menjadi industri nasional yang strategik bagi pendigital­an.

Katanya, ia akan memberi impak besar terhadap pelaburan, peluang pekerjaan dan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Lebih penting, saiz serta potensi

Ketua Ahli Ekonomi MARC bandar memerlukan akses kepada infrastruk­tur asas.

“Model pertumbuha­n ekonomi Malaysia masih berkisar kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971. Kami sedar DEB relevan pada ketika itu, tetapi ia mungkin tidak relevan untuk hari ini.

“Dengan ketidakten­tuan ekonomi semasa, fokus dasar perlu kepada apa yang kerajaan mahu lakukan berbanding apa yang mahu dicapai dan adalah lebih baik mempunyai sasaran matlamat yang sedikit berbanding lebih banyak sasaran yang ingin dicapai seperti dalam pelan jangka panjang sebelum ini,” katanya. yang dimiliki berupaya menarik firma global utama, sekali gus membolehka­n negara menerima faedah dan keuntungan menerusi kerjasama dengan syarikat teknologi tempatan.

“Fokus diberi kepada lima teknologi utama baru muncul juga akan mendorong inovasi dan memastikan Malaysia berada di barisan hadapan dalam penyediaan teknologi digital,” katanya.

Laporan e-conomy Asia Tenggara 2019 oleh Google, Temasek Holdings dan perunding perniagaan global, Bain & Company, ASEAN dijangka akan menjadi pasaran pertumbuha­n utama global dalam ekonomi.

Malaysia menjadi pemimpin utama dalam ekonomi digital serantau dengan mempunyai lebih 650 juta penduduk dan ekonomi digital negara dijangka mencecah AS$300 bilion pada 2025.

Siva berkata, ekonomi digital dijangka akan terus memberikan sumbangan penting kepada negara pada 2021 berdasarka­n anggaran sumbangan 20 peratus kepada KDNK pada tahun lalu.

Katanya, Bank Dunia meramalkan pertumbuha­n 6.7 peratus dengan MYDIGITAL akan memberi sumbangan 22.6 peratus kepada KDNK menjelang 2025 serta membuka 500,000 peluang pekerjaan.

Raymond Siva

 ??  ?? MDEC fokus 5 teras utama dalam Strategi Pelaburan Digital Future5.
MDEC fokus 5 teras utama dalam Strategi Pelaburan Digital Future5.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia