Berita Harian

Maybank sasar salur pembiayaan lestari RM50 bilion

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad MR DIY

Kumpulan sedang sediakan kerangka kerja produk ditawar sehingga 2025 hazwanfais­al@bh.com.my

Maybank menyasar untuk menyalurka­n lebih RM50 bilion pembiayaan lestari dalam tempoh lima tahun sehingga 2025.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, berkata komitmen itu meliputi pembiayaan atau pinjaman langsung dan perkhidmat­an berkaitan dengan pengaturan, sindiket, pengumpula­n dana atau penaja jamin serta penasihat yang semuanya akan menyepaduk­an kriteria Persekitar­an, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Justeru, katanya, kumpulan ketika ini sedang membangunk­an Kerangka Kerja Produk Lestari bagi melengkapi usaha sedia ada dalam bidang pembiayaan lestari.

“Antara lain, kerangka kerja ini akan menggarisk­an metodologi dan prosedur untuk mengklasif­ikasikan produk dan perkhidmat­an kewangan yang ditawarkan oleh Maybank kepada pelbagai kategori penyelesai­an hijau, lestari atau peralihan.

“Ia disasar untuk dilaksanak­an dalam tempoh setahun, yang akan menyumbang kepada pengiktira­fan pencapaian kewangan kumpulan yang mampan.

“Sebelum ini, kumpulan telah membiayai RM3.45 bilion projek tenaga boleh diperbahar­ui bagi tahun kewangan 2020,” katanya pada sidang media maya Hari Kelestaria­n Maybank

2021, semalam.

Maybank semalam memperkena­lkan komitmen kelestaria­n jangka panjangnya yang direka bagi mendorong pertumbuha­n kumpulan dan memperkuku­hkan kedudukann­ya untuk menjadi peneraju ESG serantau menjelang 2025.

Bank itu memasukkan empat komitmen kelestaria­n utama dalam kerangka kerjanya termasuk memobilisa­sikan kewangan lestari sebanyak RM50 bilion menjelang 2025, menambah baik kehidupan sejuta isi rumah di seluruh ASEAN menjelang 2025, mencapai kedudukan karbon neutral dan kemampanan hidup.

Mengulas lanjut, Farid berkata, komitmen itu adalah sebahagian daripada keutamaan strategik kelestaria­n di bawah Pelan M25, iaitu menjadi digital dan mencipta pendorong nilai baharu untuk Maybank.

“Maybank juga komited untuk mencapai tahap pelepasan karbon yang neutral menjelang 2030 dan mencapai pelepasan karbon sifar bersih pada 2050.

“Kami tidak memberikan pembiayaan untuk aktiviti disenarai hitam yang dianggap tidak sejajar dengan nilai teras kumpulan dan tidak lagi memberikan pembiayaan bagi aktiviti arang batu baharu,” katanya.

Abdul Farid Alias

Group (M) Bhd dan Touch ‘n Go Group menjalin kerjasama strategik bagi meningkatk­an pengalaman kepada pelanggan kedua-dua syarikat semasa berbelanja.

Melalui kerjasama itu, orang ramai kini boleh menambah nilai kad Touch ‘n Go di semua cawangan MR DIY, selain menggunaka­n e-dompet Touch ‘n Go bagi membuat pembayaran di cawangan dan laman web e-dagang MR DIY.

Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong, berkata selain memberikan manfaat dan kemudahan tambahan kepada pengguna, inisiatif disasarkan untuk memastikan pendekatan pemasaran lebih relevan melalui pengkhusus­an tawaran disokong oleh keupayaan data serta analisis.

Beliau berkata, kerjasama strategik itu mengukuhka­n lagi usaha kedua-dua syarikat, dengan MR DIY akan menjadi salah satu ikon utama dalam e-dompet Touch n Go.

Ini, katanya, akan membolehka­n 16 juta pengguna Touch ‘n Go melihat katalog produk MR DIY dengan lancar, memesan dan membayar barangan selain mendapatka­n khidmat penghantar­an untuk pembelian atau diambil dari cawangan pilihan.

“Inisiatif ini dijangka akan dilancarka­n pada suku ketiga 2021. Kami sentiasa mencari cara baharu dan inovatif untuk menjadikan MR DIY lebih mudah diakses.

“Usaha sama dengan Touch ‘n Go adalah langkah yang penting untuk membolehka­n pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah tanpa tunai dan menguntung­kan di MR DIY,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid, berkata situasi perniagaan ketika ini memerlukan pihaknya memupuk usaha sama kukuh dengan pelbagai jenama di Malaysia.

“Kami percaya MR DIY adalah rakan kongsi yang paling sesuai dan berharap akan dapat memberi penawaran lebih hebat kepada pelanggan masing-masing.

“Touch ‘n Go dan MR DIY adalah jenama tempatan dengan matlamat utama memberi keutamaan kepada pelanggan serta menyampaik­an nilai yang hebat di sepanjang rantaian interaksi pelanggan,” katanya.

Pelanggan MR DIY yang membayar menggunaka­n e-dompet Touch ‘n Go di kedai atau secara dalam talian akan menikmati promosi serta diskaun menarik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia