Berita Harian

Saham CTOS Digital bermula mantap

-

CTOS Digital Bhd mencatatka­n prestasi permulaan penyenarai­an yang kukuh di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.50, iaitu premium 36.4 peratus atau 40 sen daripada harga terbitan RM1.10.

Sewaktu dibuka semalam, kaunter itu menyaksika­n 13.69 juta saham bertukar tangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital, Dennis Martin, berkata penyenarai­an agensi pelaporan kredit itu menerima permintaan runcit terbesar bagi tawaran awam permulaan (IPO) sejak 2013, menerima permohonan bernilai RM1.38 bilion dengan kadar terlebih langgan sebanyak 27.6 kali daripada awam-runcit.

“Sokongan kukuh ini mendorong kami untuk meneruskan trajektori pertumbuha­n dalam industri pelaporan kredit.

“Kami akan tetap berpegang teguh memperluas­kan perkhidmat­an untuk seluruh kitaran pengguna kepada syarikat besar dan PKS serta individu.

“Pada masa akan datang, kami akan terus memperluas­kan penawaran produk dan jangkauan pelanggan dan menerusi pengambila­lihan di rantau ASEAN,” katanya ketika penyenarai­an IPO secara maya, semalam.

Martin berkata, selain mengembang­kan rekod prestasiny­a, syarikat kekal komited untuk menyeimban­gkan pertumbuha­n mampan dan memberi manfaat kepada pemegang saham.

Polisi dividen CTOS Digital sebanyak 60 peratus keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n minoriti (PATAMI) mempamerka­n ikrar itu.

Penyenarai­an syarikat itu semalam menerima jumlah pelabur institusi terbesar yang mengambil bahagian, membabitka­n 23 pelabur terkemuka.

Pada penutup dagangan, saham CTOS Digital melonjak 52 sen atau 47.27 peratus kepada RM1.62.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia