Berita Harian

Pergerakan harga masih positif

-

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi 511 berbalas 456

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah petang ini seiring dengan pergerakan pasaran serantau di tengah-tengah tekanan inflasi yang kian memuncak dan kebangkita­n semula pandemik, kata seorang penganalis­is.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.51 mata atau 0.16 peratus kepada 1,519.97 daripada penutupan 1,522.48 Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 0.19 mata lebih tinggi pada 1,522.67 dan bergerak antara 1,518.73 hingga 1,533.80 sepanjang sesi urus niaga semalam.

Bagaimanap­un di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 511 berbalas 456 sementara 470 kaunter tidak berubah, 805 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 4.82 bilion unit bernilai RM3.43 bilion daripada 4.48 bilion unit bernilai RM2.93 bilion Jumaat lepas.

Ketua Jualan Ekuiti Rakuten Trade, Vincent Lau, berkata pergerakan harga di pasaran masih positif meskipun terdapat penjualan sederhana di indeks utama apabila pelabur mula dilihat mengambil sedikit keuntungan.

“Tidak banyak mengenai kes COVID-19 kerana kadar vaksinasi kita terus ditingkatk­an. Jumlah kes COVID-19 tidak sangat menjejaska­n sentimen pada masa ini kerana kadar pemberian vaksin dalam negara adalah antara yang tertinggi,” katanya.

Prestasi bursa serantau menyaksika­n indeks Straits Times Singapura susut 1.19 peratus kepada 3,114.76, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.84 peratus kepada 27,489.78 dan Nikkei 225 Jepun lebih rendah 1.25 peratus kepada 27,652.75.

Sementara itu, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd mengaitkan indeks utama yang lemah itu dengan kejatuhan indeks Tenaga yang merupakan indeks paling rugi dalam kalangan indeks sektoral, menyusut 0.8 peratus pada akhir urus niaga.

“Ini meskipun di tengah-tengah prospek kenaikan harga minyak yang terhad ketika Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu cuba mencapai kesepakata­n minggu lepas, yang membolehka­n Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum dan sekutunya OPEC+ memuktamad­kan perjanjian untuk meningkatk­an pengeluara­n sebanyak 400,000 tong sehari bermula pada Ogos setiap bulan sehingga mereka dapat beroperasi pada kapasiti sebelum pandemik,” katanya.

Beralih kepada jangkitan COVID-19 pula, beliau berkata, jumlah jangkitan harian semalam masih tinggi dengan 10,972 kes, sementara pemberian dos vaksinasi harian terkini secara purata selama tujuh hari telah melebihi 340,000 dos.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, TNB dan IHH Healthcare masing-masing naik enam sen kepada RM9.76 dan RM5.75, CIMB meningkat tiga sen kepada RM4.56, Axiata tidak berubah pada RM3.76, Maybank dan Public Bank masing-masing mencapai tahap tertinggi dalam lebih dua tahun ketika ekonomi global pulih daripada COVID-19.

OPEC dan sekutunya seperti Rusia juga bersetuju dengan bahagian pengeluara­n baharu bermula Mei 2022.

“Kapasiti pengeluara­n jangka panjang, percuma dan tambahan dari negara OPEC+ adalah sebab utama mengapa kita melihat minyak bergerak turun.

“Kami tetap yakin bahawa pasaran minyak berada pada fasa terakhir daripada kenaikanny­a,” kata penganalis­is Julius Baer, Carsten Menke.

Bagaimanap­un, Goldman Sachs mengatakan ia tetap optimis terhadap prospek minyak dan perjanjian itu sejajar dengan pandangann­ya bahawa pengeluar harus fokus pada mengekalka­n pasaran fizikal yang ketat sementara membimbing untuk kapasiti masa depan yang lebih tinggi dan menyekat persaingan pelaburan.

OPEC+ tahun lalu mengurangk­an turun dua sen kepada RM8.03 dan RM4.04, sementara Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM8.

Bagi kaunter paling aktif, CTOS Digital melonjak 52 sen kepada RM1.62, Kanger Internatio­nal naik setengah sen kepada 7.5 sen, Ramssol menokok 7.5 sen kepada 67 sen, Sersol melonjak 14.5 sen kepada 48 sen, Saudee turun empat sen kepada 20 sen dan Serba Dinamik lebih rendah 1.5 sen kepada 43.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 4.10 mata kepada 11,112.47, Indeks FBMT 100 lebih rendah 8.56 mata pada 10,815.77 tetapi Indeks FBM Emas Syariah meningkat 4.42 mata kepada 12,189.33.

FBM ACE melonjak 18.64 mata kepada 7,259.21 dan FBM 70 naik 24.76 mata kepada 14,519.29.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 23.95 mata kepada 14,871.92, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 0.21 mata kepada 188.39 sementara Indeks Perladanga­n mengembang 42.13 mata pada 6,234.89.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.82 bilion saham bernilai RM2.78 bilion daripada 2.77 bilion saham bernilai RM2.29 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran menambah kepada 291.96 juta unit bernilai RM33.12 juta berbanding 217.91 juta unit bernilai RM27.69 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkuranga­n menjadi 170 juta saham bernilai RM623.13 juta daripada 1.49 bilion saham Jumaat bernilai RM619.48 juta.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menguasai 660.75 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (721.51 juta), pembinaan (109.12 juta), teknologi (677.47 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (73.14 juta), hartanah (138.86 juta), perladanga­n (21.84 juta), REIT (3.09 juta), dana tertutup (12,000), tenaga (221.65 juta), penjagaan kesihatan (90.58 juta), telekomuni­kasi dan media (36.34 juta), pengangkut­an dan logistik (58.13 juta) dan utiliti (11.39 juta).

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatny­a akan ditutup esok sempena perayaan Eid Al-adha dan urus niaga disambung semula pada Rabu, 21 Julai.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia