Berita Harian

Jumlah doktor maut di Indonesia naik mendadak

-

Sebahagian besar meninggal dunia akibat jangkitan varian Delta

Jakarta: Jumlah doktor di Indonesia yang maut akibat COVID-19 meningkat secara mendadak pada separuh pertama Julai, menurut persatuan doktor Indonesia (IDI).

Sebahagian besar kematian berpunca daripada varian Delta yang menyebabka­n lonjakan jangkitan di serata negara itu.

Seramai 114 doktor meninggal dunia antara 1 Julai hingga 17 Julai, jumlah tertinggi dilaporkan bagi sebarang tempoh masa yang sama sebelum ini.

Jumlah itu adalah lebih 20 peratus daripada 545 kematian doktor akibat COVID-19 sejak permulaan pandemik, menurut pegawai IDI dalam satu sidang berita secara maya.

Pegawai kanan IDI, Mahesa Paranadipa, berkata persatuan itu bimbang sistem perubatan mungkin tidak dapat menangani ancaman pandemik itu.

“Kami bimbang mungkin berlakunya kelumpuhan sistem sedangkan ini hanya data yang dilaporkan, tak termasuk data yang mungkin tidak dilaporkan kepada kami,” katanya.

Jumlah kematian doktor terus meningkat di negara dengan jumlah penduduk keempat tertinggi di dunia itu, meskipun 95 peratus pekerja kesihatan sudah divaksin.

Ini mendorong pemerintah menggunaka­n sejumlah vaksin Moderna sebagai suntikan rangsangan dos ketiga bagi vaksin Sinovac dari China untuk kakitangan kesihatan.

Didorong oleh penularan varian Delta yang lebih mudah berjangkit, Indonesia melaporkan lebih banyak kes coronaviru­s baharu berbanding negara lain di dunia sejak beberapa hari lalu.

Menurut purata tujuh hari lalu, Indonesia berada di tempat kedua di belakang Brazil dari segi jumlah korban.

Pakar kesihatan menyifatka­n Indonesia sebagai pusat baru pandemik selepas negara itu melaporkan 44,721 kes baharu dengan 1,093 kematian semalam.

AGENSI

Pekerja mengebumik­an mangsa COVID-19 di kawasan khas di perkuburan Keputih di Surabaya, Jawa Timur.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia