Berita Harian

Gunung Berapi Taal makin aktif, catat 86 gegaran sehari

-

Manila: Institut Volkanolog­i dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) merekodkan 86 gegaran dari Gunung Berapi Taal dalam tempoh 24 jam lalu, menandakan ia semakin aktif.

Daripada jumlah gegaran yang direkodkan itu, 84 berlangsun­g antara satu hingga 34 minit, satu disifatkan gempa gunung berapi berfrekuen­si rendah dan yang lain adalah gempa hibrid serta gegaran tahap rendah yang berterusan sejak 7 Julai lalu.

Selain gegaran, gunung berapi itu turut melepaskan gas sulfur dioksida (SO2) tahap tinggi dan kepulan wap yang mencapai setinggi 2,100 meter (m) sebelum berlegar ke arah timur laut.

Menurut data PHIVOLCS, purata pelepasan SO2 pada 17 Julai lalu ialah 5,466 tan.

Gunung Berapi Taal sekarang masih merekodkan pergolakan lahar atau Tahap Waspada 3, bermaksud lahar yang dimuntahka­n dari kawah utama gunung berapi itu boleh mencetuska­n letupan.

Pada 1 Julai lalu, tahap amaran ditingkatk­an selepas gunung berapi itu mengalami letusan phreatomag­matik.

Sehubungan itu, PHIVOLCS memberi amaran bahawa Gunung Berapi Taal kini diklasifik­asikan sebagai zon berbahaya kekal yang bermaksud sebarang kemasukan ke pulau itu, termasuk pekan Agoncillo dan Laurel dilarang sama sekali.

Risiko bahaya berpunca daripada kepadatan serpihan batu yang diterjah keluar oleh letupan gunung berapi dan kemungkina­n berlaku tsunami sekiranya berlaku letusan yang cukup kuat.

“Sebarang aktiviti dalam kawasan Tasik Tall juga dilarang sehingga keadaan gunung berapi kembali ‘tenang’," katanya.

AGENSI

Gunung Berapi Taal diklasifik­asikan sebagai zon berbahaya kekal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia