Berita Harian

‘Bantulah orang lain’

- Oleh Zaidi Mohamad

Bukan ‘jual mahal’, Syed Sobrie rela agihan diberi kepada insan memerlukan akibat pandemik zaidim@bh.com.my

Pada usia 59 tahun, penyanyi, Datuk Syed Sobrie Syed Kechik yang mencipta populariti pada era 1980an, diuji masalah kesihatan seperti sakit pinggang dan jantung, malah pernah diserang angin ahmar, Mac tahun lalu dan menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2013.

Bergantung kepada wang simpanan untuk berubat, anak-anak hasil perkongsia­n hidup dengan isteri, Datin Azie turut membantu, apatah lagi, Syed Sobrie yang sering diundang menjayakan persembaha­n eksklusif pada majlis dihadiri kenamaan, terputus mata pencarian akibat penularan pandemik COVID-19.

Biarpun melihat keadaan dirinya, beliau selayak dibantu persatuan anak seni, apatah lagi, ketika ini, ramai yang terhimpit akibat tidak dapat bekerja sepanjang Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Namun, Syed Sobrie yang juga abang kepada penyanyi era 1980an, Datin Sheril Aida, mengaku tidak terkilan jika ada mana-mana pihak terlepas pandang untuk mengagihka­n bantuan atau bakul makanan kepadanya.

“Soal tidak pernah ada manamana pihak beri bantuan tidak difikirkan langsung. Malah, tidak benar saya sengaja ‘jual mahal’ atau tidak mahu dibantu.

“Kalau ada pihak yang mahu beri bantuan, saya terima dengan lapang dada. Kalau ada, adalah. Jika tiada, tak mengapa.

“Saya percaya buat masa sekarang, ada pihak yang lebih layak menerima bantuan. Melihat paparan cerita dan rakaman video kesulitan orang lain, saya jadi sebak.

“Jadi, bantuan diberikan kepada mereka yang lebih layak. Kalau saya dapat pun, saya selesa memanjangk­annya kepada pihak yang lebih memerlukan. Saya tidak boleh tamak dan pentingkan diri sendiri,” katanya kepada HIP.

Syed Sobrie yang popular dengan rangkaian lagu balada seperti Cinta Yang Terhumban bersyukur tabiat suka menabung diamalkan sejak dahulu.

“Sejak lebih 40 tahun lalu, dari zaman menyanyi solo sehinggala­h

Kisah Nabi Ibrahim yang menerima wahyu Allah memerintah­kan Baginda mengorbank­an puteranya, Nabi Ismail perlu dihayati umat Islam dalam meraikan Aidiladha, ketika dunia ‘berperang’ mengawal penularan COVID-19.

Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail cukup signifikan dalam menghayati erti pengorbana­n ketika berdepan realiti kehidupan sekarang yang menuntut perubahan dalam pelbagai aspek. Bagi penyanyi, Datuk Nora Ariffin, tiada yang lebih penting daripada menghayati erti pengorbana­n dalam meraikan Aidiladha dan membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19. “Kita kena berkorban lagi dalam soal ini termasuk ketika menyambut Hari Raya. Pandangan saya, tahun ini, dalam meraikan Aidiladha, kita kena fikir diri sendiri, keluarga dan membuat persembaha­n bersama isteri, saya beringat dan menyimpan serba sedikit.

“Ada juga wang dilaburkan untuk membeli saham pasaran hartanah. Sempat saya merasa keuntungan apabila harga melambung. Namun, sejak beberapa tahun lalu, pasaran jatuh merudum dan pulangan tidak seberapa,” katanya.

Syed Sobrie mengakui kedudukan kewangan masih baik apatah lagi anak-anak selalu memberi duit poket.

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, Syed Sobrie yang sering menyanyi di hadapan kenamaan seperti kerabat diraja Brunei dan Perlis, selain Tun Dr Mahathir Mohamad, reda pendapatan daripada aktiviti persembaha­n tersekat.

“Apabila berlaku sitiuasi tidak terduga ini, ramai terputus rezeki. Saya reda. Masa banyak dihabis di rumah bersama isteri, anak dan cucu.

“Salah seorang anak perempuan saya jadi ‘tukang urut rasmi’ di rumah. Saya tidak boleh buat terapi di luar kerana PPN.

“Jadi, dialah yang mengambil alih tugas mengurut. Saya pun kecut perut hendak keluar rumah sembaranga­n,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Syed Sobrie merancang menyiapkan single untuk tiga anak perempuann­ya. insan tersayang.

“Jangan ada keinginan untuk balik kampung atau melakukan aktiviti ziarah. Saya faham, semua orang rindu ibu bapa dan suasana beraya di kampung halaman... Saya rasa derita itu.

“Namun, dalam situasi genting sekarang, alasan rindu itu kena diketepika­n dahulu,” katanya kepada HIP.

Nora berkata, tanda pagar #kitajagaki­ta perlu terus dihidupkan.

“Duduklah di rumah dan biasakanla­h diri dengan norma baharu. Namun, jangan putus doa agar keadaan akan kembali seperti biasa dan kes penularan COVID-19 secara harian menurun,” katanya.

Nora atau nama penuhnya, Wan Norafizah Wan Ariffin akan meraikan Aidiladha bersama anak di kediamanny­a di Petaling Jaya, Selangor.

“Beraya dengan apa yang ada sahaja. Anak pun beritahu kalau pakai baju raya, hendak pergi ke mana? Jadi, kami akan bergaya

“Saya mahu uji pasaran. Biar anak-anak pula meneruskan legasi. Anak-anak saya mahu menubuhkan kumpulan muzik.

“Saya sedang mencari komposer sesuai. Mungkin lagu berentak R&B akan menjadi pertaruhan pertama mereka. Cuma dengan situasi semasa, projek ini masih ‘tergantung’,” katanya.

Syed Sobri mula berjinakji­nak dengan dunia nyanyi sejak bersekolah rendah hingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketika itu, beliau sering diundang menyanyi dan bermain gitar di majlis keraian dihadiri kerabat diraja Kedah.

Pada 1980, Syed Sobrie berhijrah ke Kuala Lumpur mencuba nasib menyanyi di kelab malam dan hotel. Dua tahun kemudian, beliau tempil dengan album pertama berjudul Ku Cari Cinta Di KL.

Sepanjang pembabitan­nya dalam dunia muzik, Syed Sobrie merakamkan lima album solo.

Selain itu, Syed Sobrie merakamkan dua album secara berkumpula­n ketika menganggot­ai Pedoman bersama arwah Datuk Nassier Wahab, Datuk Seri Shah Rezza, Ahmad Fauzee dan Ebby Saifullah.

Pak Nil

sederhana dan merakamkan foto sebagai kenangan.

“Sudah tentu, saya akan berhubung dengan keluarga dan sanak-saudara untuk beraya secara virtual. Memang kena akur, inilah cara kita beraya dengan norma baharu,” katanya.

Nora berkata, dia menempah sate dan memasak beberapa juadah lain. Namun, hajat menyediaka­n nasi dagang tidak kesampaian kerana kesukaran mendapatka­n bahan mentah.

Sementara itu, pengacara digelar ikon, Datuk Aznil Nawawi akan beraya di kediamanny­a sahaja.

“Saya beraya di rumah sambil menonton program berunsurka­n ketuhanan dan sejarah Nabi. Jauh di sudut hati, memang merindu adik-beradik, anak saudara dan cucu saudara.

“Memang sedih apatah lagi cucu saudara sudah bertambah usia... Hanya sempat bertemu dua kali sejak dilahirkan.

“Namun, mengenang pengorbana­n Nabi Ibrahim yang sanggup menyembeli­h anakanda kesayangan, Nabi Ismail, apalah sangat dengan diri kita.

“Memang kita semua banyak berkorban ketika ini,” katanya.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil sedih memikirkan masih ada segelintir pihak degil dengan arahan kerajaan dan mahu beraya di kampung.

“Kenapa degil sampai hendak balik kampung beraya? Kenapa tidak faham dengan situasi semasa penularan pandemik COVID-19? Saya minta orang di kampung halau sahaja mereka yang degil pulang,” katanya.

Aznil mencadangk­an kegiatan seperti Rukun Tetangga (RT) yang pernah dilaksanak­an dahulu, dihidupkan kembali di kampung.

“Setiap kampung kena ada RT. Kawal keluar dan masuk penduduk serta buat laporan kepada pihak berkuasa jika ada yang degil.

“Jika RT diberi kuasa dan dengan persetujua­n penduduk kampung, perantau yang pulang, boleh diusir,” katanya

Nora

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia