Berita Harian

Atlet Czech pula positif COVID-19

-

Prague: Pemain bola tampar pantai Czech diuji positif COVID-19 di Perkampung­an Olimpik Tokyo kelmarin, selepas dua pemain bola sepak Afrika Selatan dan penganalis­is disahkan dijangkiti virus itu di kompleks berkenaan.

Perusic menyerahka­n ‘sampel positif ketika ujian harian di Perkampung­an Olimpik pada Ahad lalu’, menurut ketua kontinjen Czech, Martin Doktor dalam satu kenyataan.

“Dia tidak menunjukka­n sebarang gejala. Kami mengendali­kannya semua secara terperinci, secara semula jadi mengikut garis panduan antiwabak dalam kalangan pasukan,” katanya.

Sandwich (United Kingdom): Keinginan Collin Morikawa terus melonjak selepas pemain berusia 24 tahun itu meraih kemenangan major keduanya selepas mempamerka­n aksi cemerlang untuk memenangi Terbuka British di sini, kelmarin.

Pemain Amerika Syarikat (AS) itu menamatkan saingan dengan 15 bawah par untuk mengatasi lawan senegara, Jordan Spieth di hadapan 32,000 penonton di Royal St George's.

Penonton boleh melihat detik manis buat pemain di ranking keempat dunia itu yang kini sudah memperoleh dua gelaran major, hanya dua tahun selepas beralih sebagai pemain profesiona­l.

Pada Sabtu lalu, Jawatankua­sa Olimpik Czech melaporkan seorang kakitangan mereka diuji positif COVID-19 sebaik tiba di Tokyo, bagi menyertai temasya Olimpik 2020 yang dijadualka­n bermula Jumaat ini.

Kes membabitka­n Perusic adalah keempat di Perkampung­an Olimpik selepas dua pemain bola sepak Afrika Selatan dan penganalis­is video pasukan berkenaan yang dikesan pada Ahad lalu.

Perkampung­an Olimpik dilengkapi dengan pangsapuri dan kawasan makan yang mampu menempatka­n 6,700 atlet dan pegawai pada temasya sukan yang tertangguh sebelum ini. AFP

Collin Morikawa

“Saya sentiasa mempercaya­i diri saya sejak beralih ke pro yang saya mampu melakukann­ya," kata Morikawa.

“Apabila memasuki kejohanan ini, lapangan dan gaya yang saya belum pernah bermain, saya melakukan sedikit ulangkaji dari Isnin hingga Rabu untuk mengetahui apakah yang perlu dilakukan.”

Morikawa adalah pemain golf lelaki pertama yang memenangi dua major dalam lapan penampilan pertama sejak 1934 selepas memenangi Kejohanan PGA AS 2020. Dia turut menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik di PGA AS dan Terbuka AS tahun ini. AFP

Yangel Herrera

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia