Berita Harian

Pogacar rangkul gelaran kedua

-

Pogacar meraikan kejayaan kekalkan jersi kuning dalam Tour de France, kelmarin.

Paris: Tadej Pogacar meraih kemenangan kedua berturut-turut perlumbaan Tour de France dengan menggambar­kan kejayaanny­a itu sebagai satu ‘pengembara­an luar biasa’ ketika Wout van Aert menawan peringkat terakhir saingan di Champs-elysees di sini, kelmarin.

“Kami berjaya,” kata pelumba berusia 22 tahun itu yang mewakili pasukan UAE Emirates. “Tahun lalu adalah perkara yang lain, ia kemenangan pertama, saya tidak menangis lagi pada tahun ini,” katanya yang menikmati detik manisnya itu selain berterima kasih kepada ibu bapanya dan adik-beradiknya.

“Saya harap kami semua boleh kembali pada tahun lalu tanpa pelitup muka. Ia satu pengembara­an yang luar biasa apabila berada dalam keluarga berbasikal ini.”

Pelumba Denmark yang mewakili pasukan Jumbo, Jonas Vingegaard berada di tangga kedua keseluruha­n manakala Richard Carapaz (Ineos) di tangga ketiga.

Dalam pada itu, Van Aert yang juga pelumba Belgium, mengatasi Mark Cavendish dari Britain untuk menawan peringkat ke-21 selepas memenangi acara ujian masa di Saint-emilion dan satu peringkat bukit di Mont Ventoux.

“Saya memenangi satu peringkat mencabar Tour de France,” kata Van Aert. “Namun saya hanya pelumba yang lebih kerdil berbanding Tadej.

“Ia adalah satu pembakar semangat sebelum ke Tokyo. Saya akan cuba sebaik mungkin dan memenangi kedua-dua pingat emas,” katanya sebelum berlepas ke Sukan Olimpik di mana dia akan mengetuai pasukan Belgium dalam perlumbaan lebuh raya dan ujian masa.

Sebagai tanda penghujung eranya, Cavendish, 36, hampir terlepas kemenangan kelima pada edisi kali ini - dan rekod ke35 perlumbaan­tour de France. Jasper Philipsen berada di tempat kedua dengan pelumba Deceuninck, Cavendish tercicir di belakang.

Empat kemenangan dalam enam peringkat yang berakhir dalam penamat beramai-ramai sudah memadai, namun baginya dia mahu menyamai rekod 34 kemenangan peringkat dilakukan Eddy Merckx dalam jelajah berkenaan dan menjaminny­a meraih jersi hijau.

“Ia sangat sukar,” kata Cavendish mengenai pecutan terakhir itu. “Namun ia sesuatu yang menarik.” AFP

Gabriel Jesus

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia