Berita Harian

Azizulhasn­i sedia sahut cabaran buru emas negara

- Oleh Zulfaizan Mansor

Kuala Terengganu: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasn­i Awang tidak menganggap prospek emas pertama negara yang diletakkan dibahunya pada Sukan Olimpik Tokyo sebagai tekanan atau bebanan.

Sebaliknya pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini yang terkenal dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu berkata, ia sebagai satu cabaran hebat selain tanggungja­wab besar terhadap negara tercinta ini.

“Tekanan tetap ada bagi manamana atlet, apatah lagi sasaran pingat emas pertama negara dalam temasya terbesar dunia itu. Tapi bagi saya, ianya sebagai satu tanggungja­wab besar yang perlu dipikul demi negara,” katanya.

“Saya sahut cabaran itu secara positif (prospek emas) untuk memperagak­an aksi lebih baik dan bertenaga untuk memburu kejayaan yang membanggak­an. Namun apapun keputusan, saya serahkan kepada Allah.

“Lagipun saya tidak rasa Olimpik Tokyo ini adalah yang terakhir kerana saya masih lagi bertenaga. Malah kayuhan juga masih lagi mantap. Jadi saya tidak fikir untuk bersara sebaliknya tetap bersemanga­t untuk Olimpik 2024 di Paris.

“Namun apapun saya mahu fokus untuk memburu emas di Olimpik Tokyo terlebih dahulu sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang,” katanya mengulas harapan yang disandarka­n kepadanya pada Olimpik Tokyo.

Bercakap pada program Sesi Bersama Olimpian dengan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu secara dalam talian malam tadi, Azizulhasn­i turut sempat berkongsi tip bagaimana meningkatk­an prestasi ke peringkat lebih tinggi selain mengelak gemuruh ketika bertanding.

Penuntut tahun akhir Universiti Deakin Melbourne, Australia itu yang merangkul gangsa pada Olimpik Rio 2016 dalam acara keirin turut mendedahka­n disiplin dan komitmen tinggi selain percaya dengan kemampuan diri adalah kunci utama untuk meraih kejayaan.

“Selain itu atlet juga perlu menjaga pemakanan, tidur serta rehat secukupnya dan latihan dengan teknik yang betul. Jika semuanya ada sudah pasti persembaha­n akan meningkat. Maknanya perlu ada ilmu kerana kadang-kadang kehebatan seseorang pelumba itu lebih kurang sama,” katanya. zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tidak menolak kemungkina­n kerajaan akan memberi imbuhan atau ganjaran ‘istimewa’ kepada atlet yang berjaya menyumbang pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo.

Menteri Belia dan Sukan berkata ia berdasarka­n kepada pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyempurn­akan majlis Lambaian Juara Demi Malaysia

Kuala Lumpur: Kumpulan terbesar kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2020 tidak menghadapi sebarang masalah dalam urusan pendaftara­n masuk ke Perkampung­an Olimpik di Tokyo selepas selamat tiba di negara matahari terbit itu, kelmarin.

Lebih menggembir­akan, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata ujian saringan COVID-19 ke atas semua 40 individu termasuk 18 atlet yang dilakukan sebaik tiba di di Lapangan Terbangsa Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), pada Sabtu lalu.

Katanya, ganjaran istimewa itu mungkin tidak membabitka­n imbuhan di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) seperti diterima beberapa atlet yang berjaya menyumbang pingat kepada negara sebelum ini.

“Sejak Olimpik 2012, skim hadiah kemenangan sukan atau SHAKAM ditingkatk­an nilainya dengan pemenang pingat emas Olimpik dan Paralimpik yang asalnya RM300,000 (naik) kepada RM1 juta dan imbuhan itu masih lagi kekal.

“Jumlah ganjaran RM1 juta untuk pingat emas, RM300,000 bagi perak, dan gangsa RM100,000. Setakat ini 13 atlet Olimpik sudah menikmati SHAKAM.

“Namun tuan puan pun dengar ketika Perdana Menteri datang untuk sempurnaka­n Lambaian Juara Demi Malaysia baru baru ini. Beliau mengungkap­kan, kalau

Lapangan Terbang Antarabang­sa Narita turut disahkan negatif.

“Alhamdulil­lah semua selamat sampai di Perkampung­an Olimpik. Ujian saringan menggunaka­n air liur juga keluar (keputusan) negatif dan kontinjen Malaysia di sini mula menyesuaik­an diri dengan kemudahan yang ada.

“Cuma kita masih dalam kumpulan B yang mana pengawasan COVID-19 ada terdapat tambahan SOP (prosedur operasi standard). Contohnya, tempat siapa yang menang pingat emas, kerajaan akan menyediaka­n ganjaran tertentu yang istimewa atau ganjaran khas.

“Saya tidak boleh komen lanjut mengenai ini kerana ia diumumkan oleh Perdana Menteri dan saya yakin itu adalah semangat dan hasrat Perdana Menteri ingin memberi ganjaran atas perjuangan atlet,” katanya pada sidang media secara maya selepas mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Reezal berkata penaja MSN, FWD Takaful Berhad akan memberikan insentif kepada atlet yang berjaya meraih pingat pada Sukan Paralimpik Tokyo.

“Terima kasih kepada FWD Takaful Berhad kerana melanjutka­n penajaan berbentuk wang tunai dengan jumlah RM5 juta

Reezal Merican makan berlainan dan penjagaan jarak jauh dengan pasukan kontinjen negara lain,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Nazifuddin berkata semua atlet negara dan pegawai di Tokyo yang sedang menjalani tempoh pengasinga­n selama tiga hari, perlu terus menjalani ujian saringan COVID-19 sepanjang temasya itu berlangsun­g bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Sabtu lalu seramai 40 individu termasuk 18 atlet terdiri daripada sukan renang, terjun, badminton, keseluruha­n bagi tahun 2020 dan 2021 kepada MSN termasuk membantu persediaan atlet para ke Paralimpik Tokyo 2020 dan kejohanan lain.

“FWD Takaful Berhad akan bagi insentif tambahan kepada atlet yang berjaya meraih pingat di temasya Sukan Paralimpik nanti. Bagi pemenang pingat emas FWD Takaful Berhad akan memberi sebanyak RM100,000 manakala RM50,000 kepada pemenang perak dan RM30,000 untuk pemenang pingat gangsa. “FWD Takaful Berhad juga mempertimb­angkan bagi memanjangk­an insentif sama kepada jurulatih. Terima kasih kepada FWD dengan penajaan ini yang menjadi suntikan semangat untuk mereka berjuang di Tokyo nanti,” katanya. gimnastik dan memanah berlepas ke Tokyo dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur untuk mengharung­i cabaran di temasya sukan terbesar dunia itu.

Ia sekali gus menjadi kumpulan terbesar kontinjen negara selepas empat atlet pelayaran yang diiringi tiga pegawai bertolak ke Tokyo pada 8 Julai dengan kumpulan ketiga terdiri daripada sukan berbasikal trek, olahraga dan golf dijangka berlepas pada 25 Julai ini. BERNAMA

Skuad badminton negara menjalani latihan di Musashino Forest Sports Plaza, Tokyo semalam.

Penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taib menjalani latihan bersama jurulatih di Asaka Shooting Range, Tokyo semalam.

 ?? (Foto ihsan FB BAM) ??
(Foto ihsan FB BAM)
 ?? (Foto ihsan FB MSN) ??
(Foto ihsan FB MSN)
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia