Berita Harian

Sasar lebih baik dari di Rio

- Oleh Syafiq Aznan

Skuad renang optimis bawa pulang ‘sesuatu’ untuk negara di Tokyo

syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Secara realistikn­ya, sukar untuk meletakkan jangkaan tinggi buat dua atlet renang, Welson Sim dan Phee Jinq En yang akan membawa cabaran negara pada Sukan Olimpik Tokyo.

Ini kerana berdasarka­n rekod dalam 15 edisi Sukan Olimpik yang disertai skuad renang negara, majoritiny­a hanya sempat bersaing di peringkat saringan.

Pencapaian terbaik skuad negara pada Sukan Olimpik adalah menerusi Alex Lim yang berjaya mara ke separuh akhir 100 meter (m) kuak lentang pada edisi 2004 di Athens dan meraih kedudukan ke-15.

Bagaimanap­un, ketua jurulatih renang negara, Chris Martin percaya anak buahnya mampu pulang dengan ‘sesuatu’ apabila melontarka­n keyakinan kepada dua atlet terbabit untuk memecahkan rekod kebangsaan.

Malah, jurulatih dari Amerika Syarikat (AS) itu mahu dua atlet terbabit meraih pencapaian lebih baik berbanding apa yang dilakar pada temasya lima tahun lalu di Rio de Janeiro, Brazil.

“Ya, sudah pasti saya jangkakan perkara itu (pecah rekod kebangsaan). Sebab itulah kami ke sana. Melihat kepada sikap dan agresifnya mereka pada sesi latihan, saya boleh katakan yang mereka begitu teruja dan gembira untuk beraksi di Olimpik.

“Menteri pun sudah katakan di mana misi adalah untuk memberikan persembaha­n yang terbaik lebih-lebih lagi di Sukan Olimpik. Anda mewakili diri sendiri jadi anda perlu berikan persembaha­n yang benar-benar terbaik.

“Ini kali kedua buat mereka. Jadi mereka tahu apa yang boleh dijangkaka­n dan bagaimana untuk mengawal situasi serta memberikan yang terbaik.

“Seperti yang selalu saya beritahu mereka pada setiap hari, lakukan apa yang boleh anda lakukan pada bila bila masa anda boleh lakukannya,” katanya.

Sebagai rekod, Welson Sim akan bersaing dalam acara 200m dan 400m gaya bebas lelaki, manakala Phee Jinq En pula mengesahka­n kelayakan dalam acara 100m dan 200m kuak dada wanita.

Ini adalah penyertaan kedua buat Welson dan Jinq En selepas edisi 2016 di Rio yang menyaksika­n Welson meraih kedudukan ke-26 dalam acara 200m gaya bebas dan tempat ke-34 bagi acara 400m gaya bebas.

Jinq En yang bertanding dalam satu acara di Rio iaitu 100m kuak dada pula meraih kedudukan ke-33.

24 Julai hingga 1 Ogos Pusat Akuatik Olimpik Welson Sim Phee Jinq En

ketua jurulatih renang negara

Phee Jinq En

Welson Sim

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia