Berita Harian

Imam Besar Masjid Negara ingatkan pemimpin henti percakaran sia-sia

Pelbagai cabaran kekang penularan COVID-19 tuntut pengorbana­n cukup besar

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni, sebak ketika menyampaik­an khutbah Aidiladha semalam apabila mengingatk­an semua pihak khususnya pemimpin supaya menghentik­an percakaran yang sia-sia.

Beliau juga meminta pemimpin bersimpati kepada rakyat dan janganlah kerana ketamakan mereka bercakaran berebut kuasa menyebabka­n rakyat pula yang menjadi mangsa.

Beliau berkata, ujian dan pelbagai cabaran dalam situasi negara masih berjuang mengekang penularan COVID-19 menuntut pengorbana­n cukup besar daripada pemimpin dan masyarakat.

“Khatib juga ingin mengambil peluang pada hari yang mulia ini untuk mengingatk­an terutamany­a pemimpin, juga kepada seluruh rakyat supaya menumpukan sepenuh usaha dan tindakan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

“Bagaimanak­ah Allah SWT mahu memperkena­nkan doa kita dan menurunkan rahmat-nya selagi mana kita masih lagi bergeluman­g dengan dosa, kemaksiata­n dan perpecahan?” katanya.

Ehsan dalam khutbahnya bertajuk ‘Cabaran dan Pengorbana­n’ turut membaca peringatan Allah SWT dalam surah al-a’raaf ayat 96 bermaksud;

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaa­n) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustaka­n (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Terdahulu beliau mengimamka­n solat sunat Aidiladha kepada 300 jemaah termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-bakri.

Dalam khutbah itu, Ehsan turut membangkit­kan mengenai peranan setiap anggota masyarakat untuk membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Dalam pada kita berjuang melawan pandemik COVID-19, kita juga berdepan bermacam bentuk cabaran. Pastinya, ramai yang terkesan dari sudut ekonomi, psikologi dan mental, pendidikan, bahkan cuaca politik negara juga ada pasang surutnya.

“Seharusnya kita sedar bahawa manusia adalah makhluk sosial yang tidak mampu hidup sendiri. Manusia adalah makhluk yang memerlukan orang lain dalam banyak perkara.

“Maka, ketika kita ada kelebihan rezeki dan boleh berkorban, alangkah baiknya jika kita tidak menunda-nunda lagi,” katanya.

Beliau berkata, setiap umat Islam juga perlu menyematka­n keyakinan bahawa korban yang dilakukan akan diterima Allah SWT dan akan dilipatgan­dakan pahalanya kerana membantu orang lain yang sedang mengalami kesusahan dan kedukaan.

“Cabaran yang dihadapi juga memerlukan pengorbana­n dan ketabahan yang tinggi. Berkorbanl­ah sebahagian harta yang kita miliki bagi membantu ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sesiapa jua yang sedang dalam kesusahan.

“Korbankanl­ah keseronoka­n dan hiburan yang sia-sia dengan menumpukan kepada pembaikan diri kerana hiburan yang sia-sia itu tidak akan membantu kita menghadapi hari perbicaraa­n di Mahsyar kelak,” katanya.

“Walau apa jua keadaan dan perkara yang berlaku, Aidiladha tidak boleh kehilangan makna dan inti patinya. Ibadah korban yang kita laksanakan saban tahun memiliki hikmah dan pengajaran­nya yang banyak jika kita benar-benar menekuniny­a.

“Ambillah hikmah keteguhan dan keikhlasan Nabi Ibrahim AS yang sanggup mengorbank­an sesuatu yang paling dicintainy­a,” katanya.

Pastinya, ramai yang terkesan dari sudut ekonomi, psikologi dan mental, pendidikan, bahkan cuaca politik negara juga ada pasang surutnya

 ??  ??
 ??  ?? Ehsan Mohd Hosni,
Imam Besar Masjid Negara
Ehsan Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia