Berita Harian

Lelaki maut nahas, anak dalam kandungan isteri gagal diselamatk­an

Motosikal ditunggang­i pasangan rempuh lori berhenti di kiri jalan

- Oleh Norsyazwan­i Nasri

bhnews@bh.com.my

Sibu: Seorang lelaki maut, manakala kandungan isterinya yang sarat hamil tujuh bulan pula gagal diselamatk­an apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan di Jalan Tun Abang Haji Openg, di sini, kelmarin.

Dalam nahas jam 3.10 petang itu, penunggang motosikal terbabit, Roddy Dejah, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata isteri mangsa yang membonceng motosikal itu, Allina Cynthia Kilau, 17, turut mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila motosikal itu merempuh sebuah lori selepas pemandu lori terbabit dikatakan telah memberhent­ikan kenderaann­ya di lorong kiri jalan untuk memeriksa kerosakan dialami.

“Motosikal ditunggang mangsa bersama isteri dari arah belakang lorong sama, dikatakan melanggar ba hagian belakang sebelah kanan lori itu ketika pemandunya sedang membuat pemeriksaa­n.

“Susulan itu, Roddy disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Sibu, manakala isterinya yang sedang mengandung tujuh bulan, cedera dan dibawa ke Hospital Sibu.

“Namun, mangsa perlu menjalani pembedahan susulan bayi dalam kandungann­ya dilaporkan turut meninggal dunia akibat kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Stanley berkata, hasil semakan setakat ini mendapati penunggang itu tidak memiliki lesen memandu dan motosikal terbabit adalah milik ibu mentuanya.

Berikutan insiden itu, beliau berkata, pemandu lori terbabit berusia 54 tahun, ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ??
 ??  ?? Stanley Jonathan Ringgit
Stanley Jonathan Ringgit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia