Berita Harian

Penerima terbukti dapat vaksin kosong akan diberi suntikan baru

CITF pandang serius dakwaan, petugas PPV, saksi dipanggil untuk siasatan

- Oleh Suzalina Halid, Faris Fuad dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Mana-mana individu yang terbukti diberikan vaksin kosong akan dipanggil semula untuk menerima suntikan dos baharu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

“(Mereka akan) di panggil suntik semula,” katanya ringkas menerusi Whatsapp, semalam bagi mengulas dakwaan beberapa individu bahawa mereka diberi suntikan vaksin kosong di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehingga tular di media sosial.

Kes didakwa berlaku Sabtu lalu di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah yang mana PPV itu dikhaskan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga mereka sahaja. Vaksinasi di PPV itu dilaksanak­an petugas dari Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem itu.

Terdapat dua lagi dakwaan mengenai suntikan vaksin kosong iaitu di PPV Malaysia Internatio­nal Trade and Exhibition Centre (MITEC) yang didakwa berlaku pada Sabtu lalu dan orang awam terbabit sudah membuat laporan polis.

Di PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC) pula dakwaan mengenai suntikan palsu itu dibuat pada Ahad dan laporan polis dibuat penyedia perkhidmat­an kesihatan (HCO) terbabit.

Sebelum ini, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menjelaska­n pihaknya memandang serius beberapa dakwaan berkenaan termasuk bekerjasam­a dengan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata pihaknya akan memanggil petugas kesihatan dan saksi berkaitan untuk direkod keterangan berhubung dakwaan suntikan ‘picagari kosong’ di PPV MITEC.

“Saya sahkan ada laporan diterima berkaitan dakwaan itu. Siasatan sedang berjalan dan individu berkaitan akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya kepada BH, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pula ketika dihubungi berkata perselisih­an faham dengan petugas kesihatan menjadi punca seorang lelaki mendakwa disuntik vaksin kosong di PPV Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Sabtu lalu sedangkan siasatan mendapati lelaki itu diberi vaksin Sinovac.

“Petugas di PPV terbabit sudah berhubung dan menerangka­n dengan jelas prosedur pengambila­n vaksin kepada lelaki itu. Lelaki berkenaan berpuas hati dengan penjelasan diberikan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Zaid berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada petugas PPV berkenaan kelmarin, bagi menafikan satu ciapan di Twitter yang tular memaparkan kenyataan berkaitan lelaki itu dikatakan nyaris disuntik vaksin kosong. Bagaimanap­un, hasil siasatan mendapati tiada gambar atau video insiden itu ditularkan di media sosial.

“Kita dapati kenyataan tular hingga mengundang pelbagai pandangan negatif itu dibuat kekasih lelaki berkenaan. Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Protecthea­lth Corporatio­n Sdn Bhd, anak syarikat Kementeria­n Kesihatan (KKM) yang dilantik sebagai pelaksana pembabitan swasta dalam pemberian vaksin, menjelaska­n pihaknya tidak akan berkomprom­i dengan petugas di PPV yang didapati melanggar arahan dan operasi prosedur standard (SOP).

Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Anas Alam Faizli, berkata tindakan akan diambil termasuk menghentik­an segera petugas berkenaan jika kesalahan yang dilakukann­ya serius.

“Selepas kejadian itu dilaporkan, kita serah kepada CITF untuk tindakan seterusnya. Apa yang penting adalah kita harus memberi semangat kepada petugas untuk melaksanak­an kerja sebaiknya kerana setiap daripada mereka mempunyai bebanan kerja berat termasukla­h mengendali­kan lebih 300 suntikan sehari,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) ?? Dr Anas meninjau proses vaksinasi di PPV MITEC, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) Dr Anas meninjau proses vaksinasi di PPV MITEC, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia