Berita Harian

Pengorbana­n barisan hadapan pada Aidiladha

Umat Islam dibenarkan solat sunat, laksana ibadah korban ikut SOP ditetap

- Oleh Mohamed Farid Noh dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Petugas kesihatan menenangka­n pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Anggota barisan hadapan terus gigih melaksanak­an tanggungja­wab walaupun ketika sambutan Aidiladha, semalam.

Kuala Lumpur: Kemeriahan Aidiladha dalam suasana norma baharu tetap dirasai apabila umat Islam dibenarkan solat sunat Aidiladha dan melakukan ibadah korban mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pada masa sama, pusat pemberian vaksin (PPV) turut beroperasi bagi melancarka­n hasrat kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam bersama 300 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini.

BERNAMA melaporkan, Perdana Menteri yang berjubah putih tiba di masjid itu pada jam 8.16 pagi bersama isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman dan disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri serta Imam Besar Masjid Negara,

Ehsan Mohd Hosni.

Muhyiddin dan jemaah kemudianny­a bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang dilaksanak­an dengan mematuhi SOP yang ditetapkan dan diimamkan Ehsan.

Sejurus selesai khutbah Aidiladha, Perdana Menteri meninggalk­an pekarangan masjid pada jam 9.05 pagi dengan diiringi Zulkifli.

Di Johor Bahru, hampir semua PPV di negeri itu dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula jam 8 pagi hingga 10 malam.

Tinjauan mendapati, takbir raya berkumanda­ng di PPV Mega Pusat Konvensyen Antarabang­sa Johor (PERSADA) sempena Aidiladha.

Semua 350 petugas di situ membabitka­n sukarelawa­n kesihatan dan bukan kesihatan memakai baju raya, sekali gus menceriaka­n suasana.

Tinjauan di PPV MITEC, di sini, juga mendapati petugas dan sukarelawa­n memakai baju raya dan setia meneruskan tugas membantu negara mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Ketua Pegawai Eksekutif Protechhea­lth Corporatio­n Sdn Bhd, Dr Anas Alam Faizli, berkata pergerakan mereka yang datang ke PPV itu untuk mendapatka­n suntikan vaksin agak perlahan di sebelah pagi, mungkin ramai yang mahu menyambut perayaan termasuk solat Aidiladha dahulu.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ?? (Foto Aizat Sharif /BH) ?? Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l dan anakanda baginda, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berangkat menunaikan solat Aidiladha bersama kira-kira 300 jemaah di pekarangan Istana Arau, Perlis, semalam.
(Foto Aizat Sharif /BH) Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l dan anakanda baginda, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berangkat menunaikan solat Aidiladha bersama kira-kira 300 jemaah di pekarangan Istana Arau, Perlis, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin dan Zulkifli bersama 300 jemaah menunaikan solat Aidiladha diimamkan Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.
(Foto BERNAMA) Muhyiddin dan Zulkifli bersama 300 jemaah menunaikan solat Aidiladha diimamkan Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pesakit COVID-19 mendengar khutbah solat Aidiladha disampaika­n oleh imam daripada kalangan mereka di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
(Foto BERNAMA) Pesakit COVID-19 mendengar khutbah solat Aidiladha disampaika­n oleh imam daripada kalangan mereka di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin /BH) ?? Petugas pusat pemberian vaksin (PPV) berbaju raya ketika menjalanka­n tugas di PPV MITEC, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mohd Yusni Ariffin /BH) Petugas pusat pemberian vaksin (PPV) berbaju raya ketika menjalanka­n tugas di PPV MITEC, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia