Berita Harian

Benarkan NGO buat vaksinasi bergerak

-

Kuala Lumpur: Kebenaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan membuka serta mengendali­kan secara bersama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi perlu diperluask­an kepada konsep pasukan vaksinasi bergerak.

Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-medik), Profesor Dr Azizi Ayob, berkata konsep pasukan vaksinasi bergerak itu lebih memberi manfaat, berbanding PPV statik yang sudah banyak ditubuhkan di seluruh negara.

Katanya, NGO kesihatan juga tidak perlu bersaing dengan organisasi besar yang sudah membuka PPV masing-masing kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang kuat.

“Jadi, NGO kesihatan boleh mengambil inisiatif untuk mengadakan pasukan vaksinasi bergerak dalam skala kecil, khas untuk penghuni rumah kebajikan, individu yang terlantar di rumah, tiada akses kepada fasiliti terdekat dan tiada pembantu untuk ke PPV.

“Untuk menggiatka­n pemberian vaksin sebagaiman­a diumumkan kerajaan, perlu ada pasukan bergerak ini untuk membantu,” katanya kepada BH, semalam.

Dr Azizi yang juga Timbalan Pengarah

Pusat Kajian, Inovasi dan Pembanguna­n (IRDI) Universiti Perubatan Antarabang­sa (IMU), berkata pasukan vaksinasi bergerak sesuai diperkenal­kan di negeri yang masih rendah pendaftara­n vaksinasi melalui aplikasi Mysejahter­a.

Katanya, negeri terbabit ialah Kelantan, Kedah, Terengganu dan Sabah yang turut menyaksika­n ramai yang sudah mendapat slot suntikan tetapi gagal hadir di PPV.

Tambahnya, antara punca kegagalan hadir itu ialah isu ketiadaan pengangkut­an dan tiada pembantu membawa mereka.

“Bagaimanap­un, perlu ada bentuk sokongan kepada NGO kesihatan yang mahu melaksanak­an konsep vaksinasi bergerak ini kerana tidak semua memiliki sumber kewangan yang mantap,” katanya.

Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, pula berkata pihaknya yang mempunyai keahlian lebih 1,000 doktor bersiap sedia menjayakan inisiatif PPV Integrasi dengan sasaran untuk membuka sekurang-kurangnya satu pusat di setiap negeri.

Katanya, PERDIM juga menyokong penuh keputusan kerajaan itu, malah sudah bermesyuar­at secara maya bersama Protect Health membincang­kan cadangan mengendali­kan PPV sendiri pada Mei lalu.

“Tetapi pada masa itu belum ada kebenaran kerana banyak perkembang­an terbaru (pandemik COVID-19), selain masih dalam peringkat kajian dan perancanga­n,” katanya.

Dr Ahmad Shukri berkata, antara keperluan pihaknya untuk menjayakan inisiatif itu ialah dari aspek logistik seperti premis dijadikan PPV Integrasi dan kemudahan simpanan vaksin sejuk beku.

Katanya, keperluan utama lain yang disyaratka­n Protect Health dari aspek personel seperti doktor, pembantu perubatan atau jururawat tidak menjadi masalah yang besar untuk PERDIM.

“Untuk buka PPV Intergasi, ia bukan proses yang mudah kerana syarat-syarat yang dikenakan Protect Health sangat ketat bagi mengelakka­n berlakunya salah guna atau ketirisan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia