Berita Harian

Kerajaan disaran beri B40 kit ujian kendiri percuma

-

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran membekalka­n kit ujian kendiri COVID-19 secara percuma kepada golongan B40 yang memerlukan.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata namun jika wujud kekangan kewangan untuk melaksanak­an sedemikian, pemberian subsidi bersasar kepada mereka perlu dipertimba­ngkan secara serius.

Katanya, cadangan itu dibuat selepas mengambil kira harga jualan kit terbabit berkemungk­inan membebanka­n golongan berpendapa­tan rendah, terutama yang ada ramai ahli keluarga.

Beliau berkata, pemberian secara percuma atau subsidi bersasar itu juga wajar kerana penggunaan kit terbabit dapat membantu meringanka­n beban tugas barisan hadapan kesihatan, selain menjimatka­n perbelanja­an kesihatan awam negara.

“Saya dimaklumka­n bahawa di beberapa negara maju, kit ujian kendiri diberi secara percuma oleh kerajaan. Justeru, lebih elok jika Kerajaan Malaysia menyerapny­a sebagai sebahagian daripada kos kesihatan awam.

“Kalau tidak berkemampu­an, kerajaan boleh memikirkan inisiatif subsidi bersasar kerana ia penting bagi golongan B40 yang ada ramai ahli keluarga.

“Selain itu, memandangk­an permintaan terhadap kit ujian kendiri ini dijangka meningkat, saya berharap harganya yang kini dikawal oleh kerajaan, boleh dikurangka­n ke tahap mampu dibeli orang ramai,” katanya kepada BH, semalam.

Baru-baru ini, Kementeria­n Kesihatan (KKM) melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengeluark­an senarai dua kit ujian kendiri COVID-19 yang mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan dalam negara melalui farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan.

Dua kit berkenaan dinamakan Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/nasal Swab Samples) yang dihasilkan Reszon Diagnostic Internatio­nal Sdn Bhd Malaysia dan Gmate COVID-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea.

Sebanyak 15 lagi kit ujian kendiri COVID-19 sedang menjalani ujian prestasi di makmal sebelum keputusan dibuat mengenai kebenaran bersyarat.

Mengulas lanjut, Lam Thye berharap kerajaan memberi kelulusan kepada lebih banyak kit ujian kendiri bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Kuala Lumpur: Ruang untuk berbahas pada Sidang Khas Parlimen minggu depan, memberi peluang kepada Ahli Parlimen untuk menyuaraka­n isu berbangkit berhubung Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang akan dibentangk­an kerajaan.

Ruang itu juga akan digunakan untuk membawa masalah rakyat yang sekian lama terjejas akibat penularan COVID-19 termasuk hilang pekerjaan dan pendapatan yang memberi kesan kepada kedudukan ekonomi serta sosial mereka.

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, menyambut baik jaminan diberikan kerajaan, bukan saja untuk Ahli Parlimen mencelah dan bertanyaka­n soalan, malah peluang untuk berbahas.

“Ini penting bagi memastikan isu berbangkit mengenai Ordinan-ordinan Darurat dapat disuarakan dan dijelaskan pihak kerajaan,” kata Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kepada BH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata Ahli Parlimen dibenarkan berbahas dan mengemukak­an soalan pada Sidang Khas Parlimen yang akan berlangsun­g selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat serta tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini bagi Dewan Negara.

Beliau berkata, Yang Dipertua Dewan akan menentukan perbahasan berkenaan dan tempoh berbahas bergantung kepada keputusann­ya.

Pada masa sama, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon memaklumka­n, Jawatankua­sa Dewan Rakyat akan mencadangk­an sidang Dewan Rakyat dihadkan kepada hanya 80 Ahli Parlimen pada satu sesi persidanga­n secara bersemuka, manakala bakinya menyertai secara maya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub, bersetuju mengenai had 80 Ahli Parlimen pada sidang Dewan Rakyat, namun setiap daripada mereka perlu diberikan peluang untuk masuk ke dalam Dewan secara bergilir.

“Peluang perlu diberikan kepada semua supaya kita boleh berbahas, memberikan pandangan dan membawa isu rakyat.

“Perbahasan mesti dibenarkan kerana apa yang akan dibentang nanti adalah satu perkara yang besar, bukan hanya diberikan peluang untuk mencelah,” katanya.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, pula tidak bersetuju had 80 Ahli Parlimen itu kerana semua mereka sudah divaksin sejak April lalu, selain pelbagai langkah diambil pengurusan Parlimen bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan itu.

“Parlimen sudah membelanja­kan kos bagi pembinaan penghadang di setiap meja Ahli Parlimen.

“Sebelum masuk ke Parlimen juga, semua yang hadir perlu menjalani ujian saringan COVID-19 bagi memastikan keadaan selamat.

“Justeru, saya tidak faham kenapa perlu ada sekatan untuk hadkan masa dan jumlah Ahli Parlimen yang masuk ke Dewan untuk membawa isu rakyat,” kata wakil rakyat DAP itu.

Mohamad Alamin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia