Berita Harian

Pelajar maut nahas motosikal bertembung

-

Kota Bharu: Seorang pelajar berusia 15 tahun maut dan seorang lelaki parah selepas dua motosikal bertembung dalam kemalangan di Kampung Chicha Menyabong di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 12.40 tengah malam itu, Muhammad Adam Azman maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala, manakala Muhammad Hamzi Akmal, 18, yang parah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah

Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata kemalangan berlaku ketika Muhammad Adam yang menunggang motosikal dari arah Kampung Pulau Belanga ke Wakaf Zin di sini, terbabas dan hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentang­an di lokasi kejadian.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa bertembung dengan motosikal ditunggang Muhammad Hamzi yang dalam perjalanan pulang selepas selesai bekerja.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa jatuh di atas jalan dengan Muhammad Adam disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Kota Jembal yang dikejarkan ke lokasi.

“Muhammad Hamzi dari Kampung Panchor Kemumin pula parah di kepala dan dikejarkan ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan kecemasan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, berdasarka­n keterangan penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi, kemalangan dipercayai berlaku akibat motosikal ditunggang laju oleh mangsa sehingga hilang kawalan dan memasuki laluan bertentang­an sebelum pertembung­an berlaku.

“Punca sebenar kemalangan sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? Abdul Rahim Daud
Abdul Rahim Daud

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia