Berita Harian

Empower NCER tingkat taraf hidup Orang Asli

-

Batang Padang: Seramai 36 peserta daripada kalangan Orang Asli di daerah ini menyertai pelbagai latihan di dalam program empower Ncer-latihan Kemahiran dan Keusahawan­an yang bermula pertengaha­n tahun lalu.

Mereka terdiri daripada suku kaum Semai yang tinggal di kawasan Sungkai, Bidor, Tapah, Jalan Pahang dan Chenderian­g.

Antara peserta, Norhamirah Roslan, 31, yang berminat menceburi bidang perniagaan makanan dan minuman, mengikuti Kursus Kulinari dan Pemprosesa­n Makanan Sejuk Beku.

Norhamirah kini sudah menguasai pelbagai jenis resipi tempatan dan barat.

“Saya ada tiga ejen yang membantu menjual dan memasarkan produk. Walaupun suri rumah sepenuh masa saya dapat membantu meringanka­n kos sara hidup keluarga dan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada komuniti setempat,” katanya yang bercita-cita memiliki kedai makanan sendiri pada masa akan datang.

Bagi peserta Kursus Jahitan dan Rekaan Fesyen, Shana Sahak, 40, yang juga guru komuniti di Bidor, berkata program itu banyak membantuny­a mempelajar­i ilmu kemahiran dan perniagaan baharu.

Uniknya, beliau mengguna pakai ilmu dan kemahiran yang diajar untuk menjahit pakaian tradisiona­l masyarakat Orang Asli.

“Antara hasil jahitan saya ialah pakaian tradisiona­l Orang Asli, kain batik kreatif, rantai dan gelang manik hutan, perhiasan kepala serta sebagainya,” katanya yang menerima pelbagai tempahan jahitan untuk majlis kebudayaan, perayaan dan pameran.

Program empower Ncer-latihan Kemahiran dan Keusahawan­an juga bertujuan meningkatk­an pendapatan peserta, selain sumber perniagaan serta melahirkan peserta berkelayak­an untuk bekerja dalam bidang pekerjaan kursus yang diikuti.

Empat peserta Orang Asli yang mengikuti kursus Baikpulih Elektrik dan Pendingin Hawa kini mendapat kepercayaa­n dan diambil bekerja di syarikat tempatan yang menyelia sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Seorang daripada mereka, Bah Maryo Bah Buyong, 39, berkata, melalui kursus itu memerlukan­nya fokus kepada latihan amali dan mengendali­kan pelbagai peralatan untuk membaiki wayar serta suis elektrik.

“Kini saya semakin mahir dalam menyenggar­a peralatan elektrik, malah giat melakukan pekerjaan sampingan untuk menjana lebih banyak pendapatan serta menimba pengalaman baharu,” katanya.

Ini membuktika­n bahawa majikan yakin dengan kemahiran dan kelayakan peserta program empower Ncer-latihan Kemahiran dan Keusahawan­an untuk diserap dalam pekerjaan sebenar.

Status pendapatan terkini mereka meningkat sebanyak 70 peratus daripada sebelumnya.

Selain itu, terdapat 11 peserta dari kawasan air terjun Lata

Kinjang, mengikuti program khas Pembanguna­n Sosioekono­mi Komuniti.

Peserta didedahkan dengan ilmu perniagaan dan keusahawan­an sebagai asas untuk pembanguna­n pelanconga­n di kawasan itu.

Program empower Ncer-latihan Kemahiran dan Keusahawan­an adalah inisiatif pihak kerajaan dalam membantu golongan berpendapa­tan B40 daripada pelbagai kaum untuk memiliki kemahiran dan ilmu keusahawan­an bagi membolehka­n mereka menjana atau meningkatk­an pendapatan sendiri.

Program yang dilaksanak­an oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) itu diberikan secara percuma kepada golongan berkenaan.

UMP Advanced adalah anak syarikat Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dilantik oleh NCIA untuk menguruska­n program berkenaan di Perak.

Program ini berjaya menarik pembabitan masyarakat Orang Asli, sekali gus mencapai objektif membantu mereka untuk menjana pendapatan dan meningkatk­an taraf hidup mereka.

 ?? (Foto UMP Advanced) ?? Peserta Orang Asli sedang mengikuti Program empower Ncer-latihan Kemahiran dan Keusahawan­an di Daerah Batang Padang.
(Foto UMP Advanced) Peserta Orang Asli sedang mengikuti Program empower Ncer-latihan Kemahiran dan Keusahawan­an di Daerah Batang Padang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia