Berita Harian

Yayasan MRCB sumbang bantuan makanan bernilai RM380,000 kepada golongan B40

-

DENGAN peningkata­n kes Covid-19 serta kesan sekatan pergerakan yang menjejaska­n mata pencarian rakyat Malaysia, Yayasan MRCB berhasrat untuk membantu masyarakat B40 yang terjejas di Pulau Pinang, Perak dan Lembah Klang dengan menyumbang bantuan makanan keseluruha­n bernilai RM380,000.

Bagi memastikan bantuan segera disalur, diperluask­an dan efektif, Yayasan MRCB melancarka­n program bakul makanan dengan sokongan daripada beberapa organisasi bukan keuntungan (NGO) seperti Malaysian Relief Agency, Yayasan Orang Buta Malaysia, Gabungan Pertubuhan pertubuhan Wanita Kuala Lumpur & Selangor, Developmen­t of Human Resources for Rural Areas, Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya dan Food Aid Foundation.

Seramai 2,330 penerima yang terdiri daripada golongan B40 menerima bantuan tersebut pada bulan Jun dan Julai lalu. Mereka terdiri daripada keluarga kurang berkemampu­an, ibu-ibu tunggal, individu yang cacat penglihata­n dan mereka yang kehilangan pekerjaan. Baru-baru ini, sebanyak 1,200 bakul makanan telah disalurkan dan bakinya akan diserahkan kepada penerima semasa bulan ini. Setiap bakul makanan mempunyai barangan keperluan asas seperti beras

10kg, gula, biskut, Milo, minyak masak, tepung, ikan bilis, susu tepung, telur dan sayur-sayuran segar.

“Tujuan program ini adalah menyalurka­n bantuan segera dan mengurangk­an kesan pandemic terhadap masyarakat, serta meringanka­n tekanan emosi dan mental yang dialami oleh golongan kurang berkemampu­an. Kami amat berterima kasih terhadap sokongan daripada rakan-rakan dan sukarelawa­n NGO kami dalam memastikan bakulbakul makanan ini diserahkan kepada penerima secepat mungkin. Lebih ramai orang memerlukan bantuan, justeru kami memohoh kepada badanbadan korporat dan individu untuk membantu usaha ini sama ada melalui barangan mahu pun wang tunai,” kata pengerusin­ya Yayasan MRCB, Datin Jasmine Abdullah Heng.

Sumbangan tunai yang dilakukan atas nama Yayasan MRCB adalah dikecualik­an daripada cukai dan boleh dibayar ke akaun bank Yayasan melalui Bank CIMB 8007 749 279.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia