Berita Harian

Kesan negatif pandemik dijangka sehingga 2022

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Penganalis­is gesa individu terjejas rancang kewangan hazwanfais­al@bh.com.my

Individu, khususnya yang terkesan dengan krisis COVID-19 perlu merancang sebaiknya kewangan peribadi dan isi rumah dengan teliti memandangk­an pandemik dijangka memberi kesan negatif ke atas ekonomi dan kewangan pengguna sehingga tahun depan.

Jangkaan itu adalah di sebalik unjuran bahawa sasaran imuniti kelompok berkemungk­inan besar berjaya dicapai menjelang akhir tahun ini.

Penganalis­is Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata peniaga atau individu akan mengambil masa sekitar empat hingga enam bulan untuk pulih apabila berlaku sekatan perjalanan dan penutupan ekonomi seperti yang berlaku tahun lalu ketika Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanak­an.

“Memandangk­an kita masih lagi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), sekatan pergerakan dan pembukaan semua sektor kemungkina­n hanya akan berlaku awal tahun depan.

“Hanya pada masa itu peniaga dan individu akan mengalami proses pemulihan yang biasanya akan mengambil masa berbulanbu­lan,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, individu secara terperinci perlu memastikan pendapatan mampu menampung

Penganalis­is Ekonomi Putra Business School kos belanja bulanan dengan mengawal kos dan mengambil inisiatif menambah pendapatan.

“Individu juga tidak digalakkan menambah hutang baharu. Begitu juga dengan perniagaan, gunakan sepenuhnya inisiatif kerajaan seperti Geran Khas Prihatin (GKP) dan Program Subsidi Upah (PSU).

“Jimatkan kos melalui proses digitalisa­si dan automasi,” katanya.

Perunding kewangan, Abuayubul Ansari, berkata pengguna tidak digalakkan untuk menggunaka­n wang yang diperoleh menerusi inisiatif kerajaan seperti pengeluara­n i-citra ke dalam pelaburan yang berisiko tanpa mempunyai ilmu yang mencukupi.

Sebaliknya, beliau menasihatk­an supaya wang berkenaan sebaiknya disimpan bagi tujuan kegunaan kecemasan atau untuk keperluan.

“Selain itu, jangan membazir dengan membeli barangan yang besar atau mahal, sebaliknya cuba berbelanja dengan berhemah.

“Malah, pengguna juga dinasihatk­an tidak cuba menjalanka­n perniagaan yang memerlukan modal yang tinggi. Ia bukan idea yang baik ketika ini,” katanya.

Beliau menambah, perkara pertama yang wajar dilakukan pengguna, terutama golongan yang terjejas dengan COVID-19 ketika ini ialah mengurangk­an perbelanja­an tidak perlu.

“Ini sesuatu yang terpaksa dilakukan pengguna dan tidak lagi boleh berbelanja mewah biarpun mereka yang mempunyai pendapatan dan gaji tetap.

“Selain itu, cuba cari idea untuk menjana pendapatan tambahan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia