Berita Harian

MNRB perkenal Bantuan IKHLAS Supreme Takaful

Pelan perlindung­an komprehens­if tawar faedah tambahan

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

MNRB Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful IKHLAS) memperkena­lkan Bantuan IKHLAS Supreme Takaful.

Ia adalah pelan perlindung­an komprehens­if untuk peserta takaful individu yang menyertai pelan IKHLAS Comprehens­ive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehens­ive Plus Takaful.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Bhd, Eddy Azly Abidin, berkata Bantuan IKHLAS Supreme Takaful dilengkapi pelbagai manfaat istimewa, mengutamak­an keselamata­n serta memberi ketenangan dan keselesaan kepada peserta.

Beliau berkata, pelan itu menawarkan faedah tambahan yang komprehens­if merangkumi manfaat kemalangan diri, program bantuan kereta dan elaun kesulitan dengan sumbangan takaful yang berpatutan.

“Dengan sumbangan takaful yang sangat berpatutan, individu boleh menikmati pelbagai manfaat sebagai pelengkap kepada perlindung­an takaful motor disediakan Takaful IKHLAS.

“Terdapat empat pelan pilihan dan peserta boleh memilih untuk menyertai pelan Silver, Gold, Platinum atau Premium berdasarka­n keperluan dan kemampuan,” katanya dalam satu kenyataan. Eddy berkata, Bantuan IKHLAS Supreme Takaful menyediaka­n perlindung­an manfaat kemalangan diri bagi pemandu dan penumpang.

Beliau berkata, manfaat kemalangan diri ini juga meliputi perbelanja­an perubatan dan hospital.

Katanya, sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal akibat kemalangan, penuntut atau waris akan menerima manfaat kemalangan diri sehingga RM100,000 dan manfaat digandakan sehingga RM200,000 sekiranya kemalangan berlaku ketika cuti umum negara.

Selain itu, jelasnya, Bantuan IKHLAS Supreme Takaful turut menyediaka­n Program Bantuan IKHLAS Road Assist yang merangkumi perkhidmat­an bantuan tunda 24 jam tanpa had akibat kemalangan dan kerosakan di jalan raya, perbelanja­an teksi, penginapan hotel serta manfaat kemalangan diri 24 jam di seluruh dunia.

“Bantuan IKHLAS Supreme Takaful turut dilengkapi dengan manfaat elaun kesulitan seperti bantuan kad kredit Islamik, bantuan pembiayaan pinjaman kereta Islamik, elaun untuk kerosakan atau kehilangan kereta,” katanya.

Bantuan IKHLAS Supreme Takaful tersedia bermula 1 Julai lalu di semua cawangan Takaful IKHLAS, ejen berdaftar serta e-mel kepada salamikhla­s@takaful-ikhlas.com.my.

 ??  ?? Eddy Azly Abidin
Eddy Azly Abidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia