Berita Harian

Letupan bunuh diri di Iraq ragut 35 nyawa

-

Jemaah haji melontar jamrah mengikut prosedur ditetapkan kerajaan Arab Saudi, semalam.

Anggota keselamata­n Iraq memeriksa lokasi letupan di pasar kota Sadr, timur Baghdad.

Baghdad: Kumpulan militan Daesh mengaku mendalangi letupan bunuh diri di sebuah pasar ibu kota Iraq kelmarin menjelang sambutan Aidiladha, mengorbank­an sekurang-kurangnya 35 nyawa.

Menerusi mesej disiarkan di Telegram, agensi berita Daesh, Nasheer, memaklumka­n seorang pengebom bunuh diri, Abu Hamza al-iraqi meletupkan tali pinggang peledak di khalayak orang ramai yang sibuk membeli-belah.

Tragedi berlaku di kota Sadr, bandar di pinggir Baghdad pada lewat malam kelmarin membunuh kira-kira 35 orang, selain mencederak­an lebih 60 yang lain.

Serangan terburuk di Baghdad sejak beberapa tahun kebelakang­an itu menyaksika­n beberapa mangsa ledakan terbaring di serata pasar yang sebelumnya dipenuhi orang ramai untuk membeli persiapan menyambut Aidiladha.

Presiden Iraq, Barham Salih menyifatka­n pengeboman di pinggir kota Sadr yang majoriti penduduk Syiah itu sebagai perbuatan keji dan mengucapka­n takziah kepada mangsa.

“Mereka menyasarka­n orang awam di kota Sadr pada malam Aidiladha. Mereka tidak membiarkan orang bergembira, walaupun untuk seketika,” kata Salih menerusi ciapan di Twitter.

Antara yang maut termasuk lapan wanita dan tujuh kanak-kanak, menurut sumber perubatan yang memberitah­u angka kematian keseluruha­n mungkin meningkat berikutan ada mangsa yang cedera parah.

Dalam kenyataan pagi semalam, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) mengesahka­n kanakkanak antara yang terbunuh dan cedera dalam serangan itu.

“Serangan mengerikan sebelum Aidiladha adalah peringatan menggerunk­an terhadap keganasan yang terus dihadapi oleh kanak-kanak Iraq,” katanya.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial selepas letupan itu menunjukka­n mangsa berdarah dan orang ramai menjerit ketakutan.

Kementeria­n Dalam Negeri Iraq, dalam satu kenyataan, berkata letupan kuat itu merosakkan bahagian bumbung gerai di pasar berkenaan.

“Serangan keganasan di Pasar Woheilat, kota Sadr, Baghdad timur ini menggunaka­n objek peranti letupan (IED) buatan tempatan,” katanya.

Susulan itu, Perdana Menteri, Mustafa al-kadhemi mengadakan pertemuan tergempar dengan ketua ketenteraa­n dan agensi keselamata­nnya. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia