Berita Harian

UK rancang vaksin kanak-kanak golongan rentan

-

Langkah segera usaha kurang risiko jangkitan

London: Britain akan menyuntik vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak golongan rentan secara klinikal bagi mengurangk­an risiko jangkitan, kata pihak kerajaan.

Bagaimanap­un, Menteri Vaksin COVID-19 United Kingdom (UK), Nadhim Zahawi, berkata ia tidak membabitka­n semua golongan itu, sebaliknya mereka yang mungkin mengalami kesan sampingan akan dikecualik­an.

“Remaja berusia 12 hingga 15 tahun mengalami kecacatan neuro yang teruk, sindrom down, imunosupre­si dan ketidakupa­yaan pembelajar­an layak mendapat vaksinasi.

“Langkah ini adalah berdasarka­n nasihat Jawatankua­sa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI),” katanya kepada Parlimen.

Setiausaha Kesihatan UK, Sajid Javid, berkata beliau menerima cadangan berkenaan dan sudah meminta Perkhidmat­an Kesihatan Nasional (NHS) untuk bersiap sedia memberi vaksinasi kepada mereka yang layak secepat mungkin.

“Pengawal Selia Ubat-ubatan Britain sudah meluluskan vaksin Pfizer-biontech untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

“Kita belum mengesyork­an pemberian vaksin kepada mereka di bawah usia 18 tahun yang mempunyai tahap kesihatan baik buat masa kini.

“JCVI akan terus mengkaji data baharu dan mempertimb­angkan pemberian vaksinasi kepada golongan berkenaan pada masa depan,” katanya yang kini dalam kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat individu dijangkiti COVID-19.

Kadar inokulasi di Britain sudah hampir 70 peratus membabitka­n golongan dewasa, bagaimanap­un kini menghadapi penularan virus baharu varian Delta, yang pertama kali dikesan di India.

Zahawi turut memberi amaran bahawa ‘angka kes akan bertambah buruk, sebelum bertambah baik’.

Program vaksinasi juga berjalan perlahan dalam tempoh beberapa minggu kebelakang­an ini dengan lebih ramai golongan muda enggan menerima suntikan. AFP

Menteri Vaksin COVID-19 United Kingdom (UK)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia