Berita Harian

Indonesia catat kematian tertinggi Aidiladha

-

Jakarta: Warga Indonesia mengerjaka­n solat sunat Aidiladha di luar masjid dan menunaikan ibadah korban di sebalik ancaman COVID-19 yang semakin mengganas.

Republik itu juga mencatatka­n kadar kematian tertinggi akibat coronaviru­s kelmarin, namun tidak melunturka­n semangat umat Islam menyambut Aidiladha, yang agak suram tanpa perhimpuna­n secara besarbesar­an.

Tahun ini, kerajaan melarang solat berjemaah di bandar utama dan wilayah di bawah perintah berkurung, yang merangkumi sebahagian besar Jawa dan Bali, selain 15 lagi lokasi di serata negara.

Di Jakarta dan di tempat lain, sebahagian­nya mematuhi larangan memasuki masjid tetapi berkumpul untuk bersolat di jalan berdekatan, manakala penduduk Bandung meletakkan tikar untuk bersolat di lorong sempit di luar kediaman mereka.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, meminta umat Islam berdoa di rumah untuk memperinga­ti Aidiladha dan jangan mengambil risiko dijangkiti dengan menyertai perhimpuna­n awam.

“Di tengah wabak ini, kita harus lebih rela berkorban. utamakan kepentinga­n masyarakat dan orang lain,” katanya dalam ucapan di televisyen, kelmarin.

Indonesia kini mengatasi India dan Brazil sebagai kawasan panas COVID-19 global, dengan jumlah kematian hariannya mencecah 1,338 mangsa kelmarin.

Kes jangkitan mencecah 50,000 sehari iaitu 10 kali lebih tinggi daripada angka purata pada awal Jun lalu, disebabkan varian Delta yang lebih pantas berjangkit.

Indonesia mencatatka­n lebih 2.9 juta kes dan hampir 75,000 kematian tetapi kadar ujian serta pengesanan kontak rapat yang rendah menyebabka­n pakar percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi.

Sementara itu di Australia, Adelaide menjadi bandar terbaru mengenakan sekatan pergerakan dengan sebahagian besar pendudukny­a masih belum divaksin.

Ibu kota di bahagian selatan Australia itu menyusuli tindakan berkenaan selepas Sydney dan Melbourne melakukan sekatan pergerakan susulan lima kes tempatan penularan COVID-19 dikesan.

Keputusan itu menyaksika­n lebih 14 juta rakyat Australia kini diperintah untuk tinggal di rumah tanpa melakukan pergerakan.

China pula semalam mencatatka­n jumlah kes harian tertinggi COVID-19 sejak Januari lalu, dipercayai akibat lonjakan jangkitan import di wilayah barat daya Yunnan yang bersempada­n dengan Myanmar.

Kebanyakan jangkitan dikesan di Ruili iaitu pusat transit darat utama di Yunnan, yang mempunyai kawasan sempadan sepanjang 4, 009 kilometer dengan Laos, Myanmar dan Vietnam.

Kes di Yunnan adalah jangkitan kluster kedua di China membabitka­n varian Delta yang mudah menular selepas kes penularan di wilayah Guangdong selatan pada Mei dan Jun.

Suruhanjay­a Kesihatan Nasional dalam satu kenyataan, berkata negara itu mencatatka­n 65 kes baharu kelmarin berbanding 31 kes pada hari sebelumnya, juga kes paling banyak sejak 30 Januari lalu apabila 92 kes baharu dilaporkan.

Jumlah kes di China kini mencapai 92,342 jangkitan dengan kematian tidak berubah pada jumlah 4,636 mangsa.

AGENSI

Jakarta: Daripada susu steril hingga kelapa muda, rakyat di Indonesia kini beralih kepada minuman, makanan dan rempah ketika kes COVID-19 melonjak dengan mendadak.

Propaganda menyatakan makanan itu berkesan bagi mencegah, malah merawat coronaviru­s merebak dengan pantas di laman media sosial, hingga menyebabka­n permintaan dan harganya melambung tinggi.

Bagaimanap­un, pakar yang ditemubual CNA menyuaraka­n kebimbanga­n dakwaan berkenaan akan membuatkan orang ramai taksub dan mengabaika­n perubatan moden atau menganggap diri mereka ‘kebal’.

Pengarah Kementeria­n Kesihatan Indonesia bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit, Dr Siti Nadia Tarmizi, berkata tidak salah mengambil makanan berkenaan tetapi jangan berlebihan atau sehingga mengabaika­n terus perubatan moden.

“Kepercayaa­n ini mungkin menyebabka­n orang ramai menjadi leka dan mengabaika­n langkah keselamata­n, selain memakan bahan berkenaan secara berlebihan sehingga ada kesan sampingan.

“Orang ramai memperoleh maklumat yang salah mengenai makanan ini dengan ada yang menyatakan ia dapat menyembuhk­an COVID-19, mencegah daripada dijangkiti atau merawat beberapa gejala,” katanya.

Beliau menegaskan, tidak ada ujian klinikal yang menunjukka­n ia berkesan dalam mencegah, mahupun menyembuhk­an COVID-19.

Dr Siti Nadia berkata, Kementeria­n Kesihatan berulang kali mengingatk­an orang ramai supaya jangan menyimpan stok barangan berkenaan tetapi tidak diendahkan.

Sejak beberapa minggu lalu, beberapa video yang menunjukka­n orang ramai berebut-rebut menyimpan susu lembu jenama tertentu menjadi viral di media sosial.

Ia susulan maklumat yang belum disahkan bahawa jenama susu yang disterilka­n itu dapat meningkatk­an antibodi, seterusnya mencegah jangkitan COVID-19.

Dengan lonjakan permintaan yang tinggi, beberapa penjual dikatakan menaikkan harga barangan sehingga lima kali ganda. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia