Berita Harian

Wakil AS bincang isu Laut China Selatan

-

Setiausaha Pertahanan adakan lawatan ke Singapura, Vietnam, Filipina minggu ini

Antara kenderaan yang musnah dalam serangan roket di Kabul, semalam.

Washington: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin akan mengunjung­i Singapura, Vietnam dan Filipina minggu ini bagi membincang­kan isu keselamata­n di Laut China Selatan.

Setiausaha Akhbar Pentagon, John Kirby, berkata ini adalah lawatan pertama pemimpin AS itu ke Asia Tenggara sebagai anggota tertinggi dalam kerajaan pentadbira­n Presiden AS, Joe Biden.

Berlepas Jumaat lalu, Austin akan berhenti di Alaska sebelum menuju ke rantau berkenaan.

Di Singapura, beliau dijadual berucap di sebuah program anjuran Institut Antarabang­sa untuk Kajian Strategik (IISS), kata Kirby dalam satu kenyataan.

“Kunjungan Setiausaha Austin akan menggambar­kan kepentinga­n pentadbira­n Biden di Asia Tenggara dan blok ASEAN sebagai sebuah bahagian penting dalam struktur pembanguna­n Indo-pasifik.

“Ia juga bagi membuktika­n komitmen berkekalan AS terhadap rantau ini dan kepentinga­n kami menjunjung undang-undang berpaksika­n perintah antarabang­sa di rantau terbabit dan mempromosi­kan kemakmuran ASEAN,” katanya.

Dengan ketegangan pertikaila­ut an wilayah di China Selatan, tindakan Beijing dilihat sememperlu­askan bagai cuba ‘jajahannya’ di perairan laut China

Selatan ketika dunia dilanda pandemik COVID-19.

Washington pula berharap menerusi kerjasama dengan beberapa negara di Asia Tenggara, satu kesepakata­n dapat diwujudkan untuk berbincang hal berkaitan dasar luar China.

Sebelum ini, Austin sudah dua kali mengadakan kunjungan ke Eropah untuk berusaha memperbaik­i hubungan AS dengan sekutu di wilayah itu.

Selain itu, beliau juga berkunjung ke Jepun, Korea Selatan dan India tetapi belum berkesempa­tan ke Asia Tenggara.

Bulan lalu, Austin dijadual menghadiri Dialog Shangri-la IISS di Singapura, namun acara itu dibatalkan kerana penularan pandemik COVID-19.

Angkatan tentera laut AS mempunyai pangkalan pentadbira­n logistik di Singapura, dari mana ia menghantar kapal dan pesawat pemantau ke serata Laut China Selatan. AGENSI

Setiausaha Akhbar Pentagon

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia