Berita Harian

Kabul diserang roket ketika solat sunat Aidiladha

-

Kabul: Sekurang-kurangnya tiga serangan roket disasarkan berhampira­n Istana Presiden ketika umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka.

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) memaklumka­n, ketika itu Presiden Afghanista­n, Ashraf Ghani bersama pemimpin kanan lain turut menyertai orang ramai menunaikan solat.

Serangan roket kira-kira jam 8 pagi itu kuat kedengaran di seberang zon hijau menempatka­n Istana Presiden dan beberapa kedutaan, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Video yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Presiden menunjukka­n puluhan umat Islam meneruskan solat walaupun kelihatan roket melintasi ruang udara sebelum meletup di lokasi berdekatan.

Ghani yang memakai pakaian tradisiona­l Afghanista­n turut dilihat terus bersembahy­ang tanpa mempedulik­an letupan itu.

Jurucakap KDN, Mirwais Stanikzai, mengesahka­n serangan itu menyasarka­n tiga lokasi berbeza, tetapi salah satu daripadany­a tidak meletup dan berdasarka­n maklumat awal, tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Beberapa minit selepas serangan itu, Ghani menyampaik­an ucapan dengan diiringi beberapa pegawai atasannya.

“Militan Taliban sudah membuktika­n mereka tiada kesungguha­n untuk berdamai dan tidak berhasrat mencapai keamanan,” katanya.

Roket pernah disasarkan oleh Taliban ke arah istana beberapa kali sebelum ini dan yang terakhir pada Disember tahun lalu, tetapi belum mengaku melakukan serangan terbaru ini.

Ia berlaku ketika serangan Taliban yang meluas di seluruh negara, susulan pengundura­n pasukan tentera asing secara berperingk­at yang dijadualka­n selesai pada 31 Ogos ini. AFP

London: Eropah menjadi benua pertama merekodkan kes jangkitan COVID-19 melepasi 50 juta, berdasarka­n perangkaan terkini setakat kelmarin.

Difahamkan, penularan varian Delta menjadi punca kenaikan mendadak kes jangkitan di Eropah yang menyaksika­n sejuta kes positif baharu direkodkan setiap lapan hari selain 1.3 juta kematian direkodkan sejak pandemik itu bermula.

Varian Delta yang lebih pantas menular berbanding versi asal COVID-19 dikesan berada di sekurang-kurangnya 100 negara dan sekarang dikategori­kan sebagai varian dominan di seluruh dunia.

Pasaran Eropah berdepan ‘kejutan’ secara tiba-tiba semalam susulan pasaran saham susut lebih daripada dua peratus, sekali gus menjadikan­nya sesi terburuk dalam tempoh sembilan bulan.

Pasaran saham Eropah mengalami kejatuhan itu kerana kebimbanga­n terhadap varian Delta yang lebih cepat tersebar dan seterusnya berpotensi memperlaha­nkan pemulihan ekonomi global.

Pengarah Pelaburan AJ Bell, Russ Mould, berkata pelabur amat bimbang terhadap lanjutan pelaksanaa­n sekatan pergerakan lain.

“Jika COVID-19 tersebar lebih pantas lagi, sektor penerbanga­n, restoran dan riadah sudah pasti tidak dapat memanfaatk­an peluang perniagaan sepanjang cuti musim panas ini, yang sudah lama mereka nantikan,” katanya.

Eropah kekal benua yang paling teruk terjejas apabila menyumbang 27 peratus kes jangkitan dan 31 peratus kes kematian global.

Cuma 194 hari diperlukan bagi Eropah merekodkan 25 hingga 50 juta kes, sementara 25 juta kes pertama dilaporkan dalam

Negara di Eropah mula memberikan kelonggara­n penduduk bergerak setelah ramai divaksin.

jangka masa 350 hari.

Negara Eropah paling teruk terkesan adalah Russia, yang merekodkan kes melebihi enam juta jangkitan.

Britain, yang mengumumka­n ‘Hari Kebebasan’ semalam menandakan penamatan sekatan COVID-19 ketat, kini turut diancam penularan coronaviru­s lebih serius.

Perancis melaksanak­an antara tindakan paling tegas di Eropah, termasuk memiliki kad membuktika­n sudah divaksinas­i bagi memasuki sebahagian besar premis mula bulan depan selain mewajibkan semua pekerja kesihatan divaksin.

Belanda minggu lalu mengumumka­n pelaksanaa­n semula arahan bekerja dari rumah susulan peningkata­n kes, hanya beberapa minggu selepas menamatkan­nya selain mengehadka­n akses ke bar, restoran dan kelab malam.

Greece pula melaksanak­an peraturan hanya yang mendapat suntikan penuh dos vaksin dibenar memasuki premis bar, restoran dan kafe, dalam usaha membendung jangkitan.

Pada masa sama, kira-kira separuh negara Eropah turut mempercepa­tkan program inokulasi berikutan ancaman varian Delta dengan kerajaan menggalakk­an kempen vaksinasi. AGENSI

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia