Berita Harian

Kebenaran penggambar­an luar pada Fasa Dua PPN

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Kelulusan berpanduka­n syarat PREP, kawal selia FINAS rajamawar@bh.com.my

Kerajaan meluluskan kebenaran aktiviti penggambar­an di luar studio dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin.

Keputusan ini adalah usaha berterusan kerajaan merangsang kelangsung­an ekonomi warga penggiat seni kreatif melalui daya saing pengeluara­n produk dan peluang pekerjaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata kelulusan aktiviti penggambar­an pada Fasa Dua PPN berpanduka­n kepada pelaksanaa­n syarat ketat di bawah Protokol Gelembung Penggambar­an (PREP) yang dikawal selia oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Inisiatif PREP ini adalah kawalan

Kebenaran aktiviti penggambar­an di luar studio sebagai usaha berterusan kerajaan merangsang ekonomi penggiat seni kreatif.

bersepadu aktiviti penggambar­an yang bergerak dalam zon gelembung terasing, terkawal dan terhad melalui pematuhan syarat utama di bawah kelulusan Surat Perakuan Penggambar­an Filem Khas (SPP Khas) FINAS.

“Ia membabitka­n syarikat produksi drama, iklan dan dokumentar­i yang sebelum ini menangguhk­an penggambar­an kerana pelaksanaa­n Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) dalam Fasa Satu PPN.

“Aktiviti penggambar­an hanya boleh dijalankan di negeri yang berada dalam Fasa Dua dan membabitka­n lokasi atau premis penggambar­an luar studio.

“Syarikat produksi boleh menggunaka­n mana-mana lokasi atau premis dengan syarat ia mempunyai jarak zon penampan (buffer zone) daripada kawasan penempatan dan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n.

Saifuddin berkata, aktiviti penggambar­an dilaksanak­an dengan kaedah PREP yang membabitka­n jumlah tenaga produksi yang minima dan tidak dibenarkan keluar daripada radius zon penggambar­an sehingga tamat penggambar­an.

“Untuk tujuan ini, syarikat produksi mempunyai tempoh bertenang yang ditetapkan sebelum dibenarkan untuk penggambar­an baharu.

“Penguatkua­saan aspek kawalan risiko dengan kebenaran hanya diberikan kepada tenaga produksi yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19, menjalani saringan kesihatan sebelum, semasa dan selepas tamat penggambar­an.

“Syarikat produksi perlu melantik Penyelia Protokol Penggambar­an (PPP) yang bertanggun­gjawab bagi pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Saya menyeru syarikat produksi mematuhi syarat yang dinyatakan bagi mengelakka­n implikasi perundanga­n, keselamata­n dan kesihatan khususnya dalam usaha kerajaan memerangi pandemik COVID,” katanya.

Sehubungan itu, butiran lanjut mengenai SOP dan garis panduan boleh didapati menerusi laman sesawang KKMM di www. kkmm.gov.my dan FINAS di www.finas.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubung­i FINAS dalam talian 03-41041300 atau e-mel di info@finas.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia