Berita Harian

‘Ini perjuangan kita semua’

- Oleh Helmi Talkah

Chong Wei harap misi raih emas berakhir di Tokyo helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei mahu atlet negara meneruskan misinya yang ‘tergendala’ dengan memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan membuka tirai secara rasminya, Jumaat ini.

Bekas jaguh badminton negara itu tiga kali gagal dalam menamatkan penantian Malaysia bagi meraih emas sulung di Olimpik apabila dia dikecewaka­n di pentas final edisi 2008 di Beijing, 2012 di London dan 2016 di Rio de Janeiro.

Justeru, dia yang menggalas tanggungja­wab sebagai ketua kontinjen ke Tokyo berharap ada atlet negara mampu merealisas­ikan impiannya itu di Tokyo kali ini.

“Ini bukan impian saya seorang, tetapi seluruh rakyat Malaysia. Sebagai atlet, saya tidak dapat menyumbang emas tetapi saya berharap kali ini sebagai ketua kontinjen, saya dapat membantu atlet meraih emas pertama negara.

“Ini adalah perjuangan kita semua. Saya mahu atlet semua tahu yang mereka tidak berjuang berseorang­an.

“Sebaliknya, doa dan harapan seluruh rakyat Malaysia akan mengiringi perjuangan mereka di Tokyo. Saya harap mereka akan buat yang terbaik,” katanya yang mengumumka­n persaraan pada Julai 2019 susulan masalah kesihatan.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumka­n sasaran kontinjen negara pada Sukan Olimpik kali ini dengan misi membawa pulang tiga pingat termasuk satu emas dari Tokyo.

Beliau berkata, sasaran itu lebih tertumpu kepada sukan badminton, basikal trek dan akuatik.

Mengulas mengenai sasaran berkenaan, Chong Wei yang tidak dapat ke Tokyo atas faktor kesihatan berkata, ia adalah sasaran realistik dan fokus sudah pasti tertumpu kepada usaha bagi meraih emas sulung Malaysia.

Sukan Olimpik Rio 2016 menjadi pencapaian terbaik kontinjen negara setakat ini apabila membawa pulang empat perak dan satu gangsa.

Perak disumbangk­an menerusi Chong Wei dalam acara badminton perseorang­an lelaki, Goh V Shem-tan Wee Kiong (beregu lelaki), Chan Peng Soon-goh Liu Ying (beregu campuran) dan Pendelela Rinong-cheong Jun Hoong (terjun) manakala jaguh basikal trek, Datuk Azizulhasn­i Awang meraih gangsa bagi acara keirin.

Walaupun tidak bersama atlet di Tokyo, Chong Wei tetap memantau perkembang­an semasa dan berhubung dengan mereka secara dalam talian.

“Saya akan mendapatka­n perkembang­an atlet daripada Setiausaha Agung MOM (Majlis Olimpik Malaysia), Datuk Mohd Nazifuddin Najib. Setakat ini, saya dimaklumka­n atlet yang sudah tiba di Tokyo berada dalam keadaan baik.

“Mereka gembira dengan kemudahan yang ada di perkampung­an atlet biarpun perlu mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan.

“Biarpun timbul kebimbanga­n selepas ada atlet yang diuji positif COVID-19 di perkampung­an atlet, pihak sekretaria­t Malaysia sudah mengambil langkah yang perlu dan akan sentiasa mengawasi serta memantau atlet kita.

“Saya juga nasihatkan atlet agar sentiasa menjaga diri dan elakkan berada di tempat ramai orang. Apa pun, saya percaya atlet semua memang sudah bersedia untuk memulakan aksi masingmasi­ng,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia