Berita Harian

Kuota benua beri Jeremiah kesempatan beraksi

-

Kuala Lumpur: Kecederaan bahu membuatkan gimnas negara, Jeremiah Loo mempertimb­angkan untuk bersara selepas gagal mengesahka­n tempat ke Tokyo 2020 susulan persembaha­n kurang memberangs­angkan pada Kejuaraan Dunia 2019.

Namun, kuota benua yang diagihkan semula selepas pembatalan Kejohanan Asia 2021 menyaksika­n atlet berusia 23 tahun itu mendapat tiket ke Sukan Olimpik 2021 sekali gus mahu memberikan yang terbaik untuk menghargai peluang itu.

“Saya tidak fikir saya akan layak ke Sukan Olimpik kerana beraksi kurang baik pada Kejuaraan Dunia. Saya hanya terus berlatih kerana mahu merebut tiket menerusi Kejuaraan Asia tetapi dibatalkan dan saya dimaklumka­n layak ke Sukan Olimpik.

“Saya tidak tahu sama ada saya ke Tokyo selepas Kejuaraan Dunia 2019 dan saya berfikir untuk bersara kerana kecederaan baharu. Saya masih takut dengan kecederaan ini selain saya kurang yakin untuk beraksi di Tokyo kerana keadaan bahu saya,” katanya.

Kuala Lumpur: Walaupun diselubung­i pandemik COVID-19, Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal membuka tirai secara rasmi, Jumaat ini dijangka mencetuska­n aura dan memberi pengalaman tersendiri buat atlet yang bertanding, sesuai dengan reputasiny­a sebagai temasya terbesar dunia.

Biarpun terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, atlet masih diberi ‘kebebasan’ untuk melakukan sebarang aktiviti terutama di perkampung­an atlet.

Pemain badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia antara atlet negara yang teruja sebaik menjejakka­n kaki di perkampung­an atlet yang terletak di Harumi, Futo.

“Kami hanya perlu melakukan penjarakan sosial dan menjaga diri sendiri. Mahu buat apa-apa pun tiada siapa kacau cuma jangan timbulkan sebarang masalah saja, itu yang paling penting. Setakat ini semua berjalan dengan lancar,” katanya yang menjadi kumpulan kedua kontinjen negara tiba di Tokyo.

Temasya Olimpik kali ini juga menyaksika­n acara berlangsun­g tanpa kehadiran penonton bagi mengekang penularan COVID-19.

Sementara itu, atlet terjun negara, Leong Mun Yee yang akan membuat penampilan kelima di pentas Olimpik kali ini selepas Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012, berkata dia berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan di perkampung­an atlet.

“Bilik penginapan dan dewan makan semua OK. Di dewan makan pun kami diberikan tempat duduk khas dan setakat ini semua baik. Kami juga sudah menggunaka­n kemudahan gimnasium di perkampung­an sukan ini,” kata Mun Yee yang akan memulakan aksi dalam acara 10 meter platform seirama bersama gandingann­ya, Pandelela Rinong, 27 Julai ini.

Atlet lain yang turut tiba di Tokyo, kelmarin turut kagum dengan kemudahan di perkampung­an atlet terutamany­a pemandanga­n indah menghadap sungai dari bilik penginapan.

Mereka berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman sosial masing-masing sebaik mendaftar masuk di perkampung­an atlet.

“Macam mana pemandanga­n saya. Ini dari balkoni, saya dapat pemandanga­n indah dari bilik saya,” kata pemain beregu campuran negara, Chan Peng

Soon yang juga pemenang pingat perak Olimpik

Rio 2016 bersama pasanganny­a, Goh

Liu Ying.

Kontinjen negara membabitka­n atlet renang, terjun, badminton, memanah dan gimnastik selamat tiba di Tokyo kelmarin, dengan kesemuanya termasuk jurulatih serta pegawai ditempatka­n di perkampung­an atlet di Harumi, Futo.

Mun Yee bergambar bersama maskot Sukan Olimpik, Miraitowa di perkampung­an atlet.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia