Berita Harian

Jijoe, Lela pertaruhan terbaik

- Oleh Helmi Talkah

helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pingat emas pertama Malaysia akan menjelma di Tokyo!

Keyakinan itu disuarakan legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek, 57, menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dibuka tirai secara rasmi, Jumaat ini. Beliau percaya dua atlet negara iaitu jaguh basikal trek, Datuk Azizulhaat­au sni Awang ratu terjun, Pandelela Rimampu nong menapenant­ian matkan Malaysia bagi meraih emas sulung pada temasya terbesar dunia itu berdasarka­n prestasi semasa mereka.

“Saya memang suka dengan Azizulhasn­i kerana dia memiliki semangat juang tinggi dalam dirinya. Sebagai atlet, dia sudah melalui jatuh bangun sepanjang kerjayanya.

“Tidak dinafikan, dia akan merasai tekanan apabila dijadikan sebagai sandaran tetapi jika mahu menang, tekanan itu perlu ada.

Apa yang perlu dibawa adalah keyakinan untuk berjuang, dia sudah bekerja keras untuk menghadapi Olimpik kali ini sehingga berge- lar nombor satu dunia acara keirin.

“Jadi, inilah masanya untuk dia buktikan, mungkin ini juga menjadi Olimpik terakhir buat dirinya dan sudah tentu dia mahu melakukan yang terbaik.

“Pendelela pula sudah lama bergeluman­g dalam sukan terjun ini dia sudah mempunyai pengalaman yang luas.

“Pencabar utama dia adalah atlet dari China yang sering mendominas­i saingan. Namun, kita pun sudah lama tidak nampak kelibat atlet China menyertai kejohanan sepanjang pandemik COVID-19 ini, kita tidak tahu bagaimana tahap prestasi mereka.

“Saya percaya, jika Pandelela mencapai kemuncak prestasiny­a pada hari pertanding­an nanti, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dia memenangi emas,” kata Jalani yang menjadi penyumbang pingat pertama kontinjen negara di pentas Olimpik dengan memenangi gangsa acara beregu lelaki bersama gandingann­ya, Datuk Razif Sidek pada edisi 1992 di Barcelona.

Pada Olimpik Rio 2016, Azizulhasn­i muncul pelumba basikal pertama negara meraih pingat di temasya utama dunia itu apabila memenangi gangsa dalam acara keirin.

Pandelela pula meraih pingat pertamanya di Olimpik pada edisi 2012 di London apabila meraih gangsa acara 10 meter (m) platform individu sebelum meraih perak empat tahun kemudian di Rio bagi acara 10m platform seirama bersama gandingann­ya, Cheong Jun Hoong.

Di Tokyo kali ini, Azizulhasn­i akan beraksi dalam acara keirin dan pecut individu manakala Pandelela akan menyertai acara 10m platform individu dan seirama bersama Leong Mun Yee.

Kelmarin, Menteri Belia dan

Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumka­n sasaran kontinjen negara pada Sukan Olimpik kali ini dengan misi membawa pulang tiga pingat termasuk satu emas dari Tokyo.

Beliau, berkata sasaran itu lebih tertumpu kepada sukan badminton, basikal trek dan akuatik.

Katanya, sasaran itu realistik selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk cabaran besar yang terpaksa diharungi atlet terutama tidak dapat menjalani latihan secara biasa dan tidak mendapat pendedahan melalui penyertaan kejohanan kompetitif bagi meningkatk­an daya persaingan mereka.

Azizulhasn­i

Jalani Sidek

Pandelela

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia