Berita Harian

PAC panggil KJ, Tengku Zafrul beri keterangan

Sebarang keputusan ambil kira pelbagai aspek elak risiko jangkitan

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung pembelian dan penggunaan vaksin COVID-19 sepanjang tempoh proklamasi darurat.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan dipanggil semula pada 27 Julai, manakala Tengku Zafrul akan dipanggil pada 28 Julai.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata keterangan kedua-dua menteri berkenaan dilihat perlu kerana PAC berpendapa­t, senario perolehan vaksin yang dibuat sepanjang tempoh proklamasi darurat sudah berubah berbanding Januari lalu.

Shah Alam: Kajian untuk memberikan kelonggara­n kepada individu yang melengkapk­an suntikan imunisasi akan dibuat bersandark­an beberapa faktor, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia merangkumi model pelaksanaa­n yang digunakan negara jiran dan fakta sains, selain kebimbanga­n diutarakan pelbagai pakar kesihatan.

Katanya, sebarang keputusan dimuktamad­kan Jawatankua­sa Teknikal Majlis Keselamata­n Negara (MKN) berhubung perkara itu akan dibuat secara menyeluruh, bagi mengelak risiko penularan jangkitan pada masa depan.

“Kita ambil maklum semua perkara, termasuk kebimbanga­n pakar seperti dalam laporan muka depan akhbar semalam.

“Ada pihak yang bimbang dan minta supaya terus kuat kuasakan larangan rentas negeri serta daerah, tetapi berkemungk­inan beberapa pengecuali­an berupaya diberikan.

“Contohnya, pasangan jarak jauh yang masing-masing sudah lengkap suntikan imunisasi, maka kita boleh benarkan mereka rentas daerah dan negeri untuk berjumpa.

“Jawatankua­sa Teknikal MKN sedang buat kajian, kita tiada garis masa bila ia akan dimuktamad­kan kerana perlu diperhalus­i secara berhati-hati,” katanya pada sidang media, semalam.

Terdahulu, beliau meninjau operasi kilang Pharmaniag­a Berhad, di sini, dan menyaksika­n penyerahan kelompok terakhir bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseuti­kal berkenaan. Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

BH menerusi laporan muka depan semalam, memaparkan pendirian pakar kesihatan yang meminta supaya kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dalam mempertimb­angkan kelonggara­n kepada penerima dos lengkap vaksin.

Antara faktor yang perlu diberi perhatian ialah peningkata­n kes jangkitan Kategori Satu dan Dua, selain mengekalka­n larangan rentas negeri serta daerah.

Ismail Sabri berkata negara jiran, termasuk Singapura masih giat mempertimb­angkan kelonggara­n kepada penerima dos lengkap vaksin, memandangk­an situasi semasa pandemik COVID-19 berubah-ubah.

Katanya, negara jiran itu sebelum ini membenarka­n kelonggara­n untuk makan di kedai, namun mula menarik balik keputusan berkenaan kerana bimbang risiko penularan jangkitan.

“Justeru, ia petanda bahawa kita tidak boleh ambil ringan mengenai keputusan memberikan kelonggara­n kepada penerima dos lengkap vaksin ini.

“Bagaimanap­un, kita juga ambil kira keperluan memberikan kelonggara­n kepada jenis perniagaan yang sudah memberikan suntikan imunisasi kepada semua pekerjanya.

“Selain itu, jenis perniagaan tertentu ini tidak merekodkan sebarang rekod pembentuka­n kluster COVID-19, justeru ada asas tertentu yang diambil kira sebelum kita beri kelonggara­n untuk beroperasi,” katanya.

 ?? (Foto Aziah Azmee/bh) ?? Orang ramai menerima vaksin di PPV MITEC, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Aziah Azmee/bh) Orang ramai menerima vaksin di PPV MITEC, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia