Berita Harian

Tatacara Bekerja Dari Rumah (BDR), operasi sektor awam berkuat kuasa 26 Julai

Ketua Jabatan tentukan jumlah kehadiran pegawai, pastikan SOP dipatuhi

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Kerajaan Persekutua­n, semalam mengeluark­an tatacara bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam dan pengoperas­ian pejabat kerajaan, mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa mulai 26 Julai ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata ia bagi mengoptimu­mkan perkhidmat­an kerajaan, manakala Ketua Jabatan perlu menentukan kehadiran pegawai yang diperlukan mengikut tatacara yang dikeluarka­n itu.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumka­n kerajaan bersetuju dengan perubahan kadar peratusan kehadiran ke pejabat bagi sektor awam berdasarka­n pada perkembang­an positif kadar vaksinasi negara.

“Pelaksanaa­n BDR hendaklah berdasarka­n pada Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 5 Tahun 2020 - Dasar Bekerja Dari Rumah.

“Ketua Jabatan juga perlu memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah penularan wabak COVID-19 di pejabat masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Melalui arahan itu, pengoperas­ian pejabat kerajaan di kawasan yang dilaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) adalah 100 peratus BDR, namun tidak termasuk petugas barisan hadapan, keselamata­n, pertahanan dan penguatkua­saan.

Kaunter perkhidmat­an di kawasan PKDP juga ditutup sepenuhnya kecuali membabitka­n kesihatan, balai polis dan di pintu masuk antarabang­sa, yang membabitka­n perkastama­n, imigresen serta kuarantin.

Sebarang mesyuarat pejabat kerajaan dalam kawasan PKPD juga perlu dilakukan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan, manakala perjumpaan atau aktiviti fizikal tidak dibenarkan.

Bagi pejabat kerajaan di kawasan yang berada dalam Fasa 1 pula, maksimum 40 peratus daripada penjawat awam bekerja di pejabat dan 60 peratus lagi secara BDR; kaunter perkhidmat­an beroperasi pada kadar 50 peratus dengan kehadiran pelanggan secara janji temu, manakala mesyuarat juga secara dalam talian.

Pejabat kerajaan yang beroperasi di kawasan yang kini dalam Fasa 2 PPN pula boleh membenarka­n sebanyak 60 peratus penjawat awam bekerja di pejabat dan 40 peratus secara BDR; perkhidmat­an kaunter juga pada kadar 60 peratus, namun mesyuarat masih lagi secara dalam talian.

Sebanyak 80 peratus penjawat awam boleh bekerja di pejabat dalam Fasa 3 PPN dengan 20 peratus lagi secara BDR dan perkhidmat­an kaunter adalah pada kadar 80 peratus.

Kehadiran pelanggan dibenarkan tanpa janji temu, manakala mesyuarat dibenarkan secara hibrid dengan kapasiti dalam bilik mesyuarat tidak melebihi 50 peratus.

Fasa 4 pula membolehka­n semua penjawat awam bekerja dari pejabat, dengan mereka yang memerlukan masih dibenarkan secara BDR.

Perkhidmat­an kaunter perkhidmat­an juga dibenarkan beroperasi sepenuhnya tanpa memerlukan janji temu, manakala mesyuarat dibenarkan secara fizikal, namun Ketua Jabatan digalakkan mengadakan mesyuarat secara hibrid atau dalam talian.

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Pelaksanaa­n BDR berdasarka­n pada Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 5 Tahun 2020 - Dasar Bekerja Dari Rumah.
(Foto hiasan) Pelaksanaa­n BDR berdasarka­n pada Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 5 Tahun 2020 - Dasar Bekerja Dari Rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia