Berita Harian

MAEPS Serdang tambah bekalan oksigen hadapi peningkata­n pesakit

- (Foto BERNAMA)

Sebanyak 516 unit pemekat oksigen ditempatka­n di Dewan A dan C Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor untuk merawat pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat. Pengarah pusat itu, Dr Shahabuddi­n Ibrahim, berkata langkah itu sebagai persediaan bagi memenuhi keperluan dan peningkata­n pesakit yang memerlukan bantuan oksigen.

Seramai 1,670 pesakit COVID-19 kini dirawat di PKRC MAEPS 2.0 dengan 1,300 pesakit terdiri kategori tiga, manakala bakinya kategori empat

Dr Shahabuddi­n Ibrahim, Pengarah PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS

Putrajaya: Sebanyak 516 unit pemekat oksigen akan ditempatka­n di Dewan A dan C Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, yang merawat pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat.

Pengarah pusat itu, Dr Shahabuddi­n Ibrahim, berkata langkah berkenaan sebagai persediaan keperluan peningkata­n pesakit yang memerlukan bantuan oksigen.

Katanya, seramai 1,670 pesakit COVID-19 kini dirawat di PKRC MAEPS 2.0 dengan 1,300 pesakit terdiri kategori tiga, manakala bakinya kategori empat.

“Tumpuan warga petugas kita adalah untuk kedua-dua kategori ini,” katanya kepada BERNAMA semalam. Kategori tiga merujuk kepada kes radang paru-paru, tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen, manakala kategori empat mempunyai radang paru-paru yang memerlukan oksigen.

Sementara itu, Ketua Jurutera Elektrik Selangor, Haniff Ab Hamid, berkata kerja pendawaian elektrik bagi membolehka­n pemekat oksigen terbabit digunakan dijangka mengambil tempoh kira-kira 10 hari untuk setiap bahagian kerana kontraktor berdepan risiko ketika menjalanka­n kerja di dewan yang menempatka­n pesakit COVID-19.

Beliau berkata, pesakit perlu dipindahka­n secara berperingk­at ke dewan lain untuk sementara bagi mengosongk­an ruangan yang membabitka­n kerja pendawaian itu.

“Kontraktor yang terbabit dengan kerja pendawaian ini juga akan memakai pakaian perlindung­an diri (PPE) sebagai langkah keselamata­n,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Deretan tong oksigen yang ditempatka­n di PKRC Bersepadu 2.0 di MAEPS, Serdang untuk kegunaan pesakit COVID-19.
(Foto BERNAMA) Deretan tong oksigen yang ditempatka­n di PKRC Bersepadu 2.0 di MAEPS, Serdang untuk kegunaan pesakit COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia