Berita Harian

Baricitini­b elak pesakit COVID-19 jadi kritikal

- Oleh Rohaniza Idris, Mohd Nasaruddin Parzi dan Luqman Arif Abdul Karim bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Kementeria­n Kesihatan (KKM) mula menggunaka­n formulasi ubat baharu iaitu baricitini­b bagi mengelak risiko pesakit COVID-19 khususnya kategori 1 dan 2 daripada menghidap radang paru-paru dan menjadi kritikal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ketika ini, individu yang disahkan positif COVID-19 diberikan baricitini­b di antara dua hingga empat miligram bagi mencegah pesakit positif kategori 1 dan 2 menjadi lebih teruk seperti kategori 3, 4 dan 5.

Beliau berkata, maklumat berhubung peningkata­n atau peralihan pesakit kategori 1 kepada keadaan kesihatan yang lebih meruncing, iaitu kategori 3 hingga 5 adalah sangat dinamik.

“Oleh itu, KKM sentiasa memantau dan mewajibkan pesakit membuat penilaian kesihatan kendiri menerusi aplikasi Mysejahter­a,” katanya di sini, semalam.

Pesakit kategori 1 adalah mereka yang positif tetapi tidak mempunyai sebarang gejala; kategori 2 yang positif dan ada gejala ringan; kategori ketiga ada radang paru-paru tetapi tidak memerlukan oksigen; kategori keempat, ada radang paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori kelima memerlukan bantuan pernafasan.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau operasi kilang Pharmaniag­a Berhad dan menyaksika­n penyerahan kelompok terakhir bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat itu.

Dr Adham berkata, KKM menetapkan bahawa pertimbang­an untuk menjalani kuarantin di rumah bagi pesakit kategori 1 dan 2 ditentukan oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Bagaimanap­un, katanya, pesakit kategori 1 dan 2 yang mempunyai komorbidit­i akan ditempatka­n di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) bagi tujuan pemantauan dan langkah berjaga-jaga.

“Bagi kategori 4 dan 5, memang kita tempatkan di hospital untuk dipantau,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang, berkata penggunaan baricitini­b bagi mencegah risiko pesakit kategori 1 dan 2 COVID-19 menjadi kritikal sudah digunakan di luar negara.

Katanya, penggunaan baricitini­b bersama ubat remdesivir terbukti berkesan untuk merawat pesakit COVID-19 di hospital, berdasarka­n hasil kajian di luar negara.

“Di Jepun, kerajaanny­a sudah meluluskan penggunaan ubat artritis reumatoid baricitini­b sebagai rawatan baharu COVID-19.

“Kerajaan Jepun juga meluluskan ubat remdesivir dan steroid dexamethas­one untuk rawatan COVID-19.

“Ubat ini juga diluluskan Pentadbira­n Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk kegunaan kecemasan. Ia digunakan sebagai tambahan kepada ubat antivirus remdesivir dalam rawatan pesakit COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan formulasi ubat itu berupaya memanfaat pesakit kategori 3 ke bawah supaya tidak terjerumus menjadi kategori 4 dan 5 yang mungkin boleh membawa maut.

Baricitini­b adalah ubat oral dengan berfungsi sebagai pencegah atau inhibitor dan mempunyai aktiviti antikerada­ngan, immunomodu­lation dan antineopol­astik,” katanya. Mengulas isu lain, Dr Adham berkata, kaedah kawalan kesihatan awam akan digunakan bagi mencegah risiko penularan wabak COVID-19 di sekolah, sebaik sesi Pengajaran dan Pembelajar­an (PDP) secara bersemuka kembali dibuka September ini.

Beliau berkata, ketika ini, data klinikal yang ada tidak mencukupi bagi menyokong keputusan memberikan vaksin Pfizer untuk remaja, iaitu individu berusia 12 tahun hingga 17 tahun.

Sehubungan itu, katanya, kementeria­n akan menunggu perincian lanjut mengenai data klinikal daripada syarikat farmaseuti­kal berkenaan, sebelum suntikan vaksin diberikan kepada pelajar sekolah.

Dr Adham berkata, pihaknya mendapat taklimat daripada Pfizer mengenai insiden miokarditi­s dan perikardit­is dalam kalangan remaja, tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak merekodkan sebarang kes kematian.

“Justeru, sementara menanti pertimbang­an memberi vaksin kepada remaja, kita akan selesaikan dulu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secepat mungkin.

“Ini termasuk memberikan suntikan pelalian kepada kumpulan sokongan di sekolah iaitu guru, pemandu bas, pengawal keselamata­n dan pembekal makanan atau operator kantin.

“Selain itu, tiada perhimpuna­n di sekolah dibenarkan, bagi membendung risiko penularan jangkitan dan asas perlindung­an daripada vaksin membabitka­n kumpulan sokongan,” katanya.

Penggunaan baricitini­b bagi mencegah risiko pesakit kategori 1 dan 2 COVID-19 menjadi kritikal sudah digunakan di luar Amrahi Buang,

Presiden MPS

 ?? (Foto Aziah Azmee /BH) ?? Orang ramai menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-swasta (PIKAS) di PPV MITEC, semalam.
(Foto Aziah Azmee /BH) Orang ramai menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-swasta (PIKAS) di PPV MITEC, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia